LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2018 : MSSPP-PSHA, SSTMI Thunderbolt Juara Wanita, Lelaki

Kejohanan Piala TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2018 telahpun selesai pada hari ini. Kejohanan yang menampilkan barisan para pemain muda bagi mengisi kekosongan para pemain senior di masa hadapan.
Sekali lagi TNB menjadi penganjur utama bagi kejohanan hoki samada peringkat remaja mahupun senior. Dalam kejohanan pada kali ini pasukan MSSPP-PSHA berjaya menjuarai kategori wanita apabila Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad muncul wira untuk menghasilkan gol tunggal ketika menentang pasukan Wipers-KLSS pada perlawanan akhir.

Bagi acara lelaki pula, SSTMI Thunderbolt berjaya mempertahankan kejuaraan bagi kategori lelaki untuk tahun kedua berturut-turut selepas menewaskan AHP-SSP Thunderbolt dengan keputusan 4-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada hari Ahad.

Keputusan Piala TNB Liga HOki Remaja Malaysia 2018

Piala TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2018 (Lelaki)

Juara: SSTMI Thunderbolt (membawa pulang RM40,000)

Naib Juara: AHP-SSP-Thunderbolt (membawa pulang RM25,000)

Fairplay: OLAK dan SSMS Resilient (setiap pasukan membawa pulang RM1,500)

Penjaring Terbanyak: Mohammad Akhimullah Anuar Esook, 18 gol – SSTMI Thunderbolt (membawa pulang RM1,500)

Pemain Terbaik Perlawanan Akhir: Shello Silverius – SSTMI Thunderbolt (membawa pulang RM1,500)

Pemain Harapan Piala Chua Boon Huat: Alfarico Lance Liau Jr (SMKDBL-UniKL-PHJ)

 

Divisyen Satu TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2018

Juara: SSTMI Thunderbolt (membawa pulang RM20,000)

Naib Juara: Anderson Thunderbolt (membawa pulang RM15,000)

Tempat Ketiga: AHP-SSP-Thunderbolt (membawa pulang RM10,000)

 

Piala TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2018 (Wanita)

Juara: MSSPP-PSHA (membawa pulang wang tunai RM15,000)

Naib Juara: Wipers-KLSS (membawa pulang wang tunai RM25,000)

Fairplay: UITM-MSN Kedah (membawa pulang wang tunai RM3,000)

Pemain Terbaik Perlawanan Akhir: Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad – MSSPP-PSHA (membawa pulang wang tunai RM 1,500)

 

Kategori Kumpulan A

 

Juara: MSSPP-PSHA (membawa pulang wang tunai RM7,000)

Naib Juara: SSTMI-PKS Uniten (membawa pulang wang tunai RM3,500)

Tempat Ketiga: UiTM-MSN Kedah (membawa pulang wang tunai RM2,500)

 

Kategori Kumpulan B

Juara: Wipers-KLSS (membawa pulang wang tunai RM7,000)

Naib Juara: MSP-SSP (membawa pulang wang tunai RM3,500)

Tempat Ketiga: MSN Sabah-SHA-SSMS (membawa pulang wang tunai RM2,500)

Sumber :-Laman Web Rasmi Malaysian Hockey Confederation

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)