LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala Thomas 2016 : Malaysia terkandas di separuh akhir

Impian skuad badminton negara untuk mengulangi pencapaian melayakkan diri ke peringkat akhir seperti di kejohanan 2 tahun lepas terkubur.
Pada peringkat separuh akhir, pasukan Malaysia yang menentang Denmark tumbang dengan keputusan 2-3.

Keputusan perseorangan pertama menyaksikan pemain utama negara Lee Chong Wei mendapatkan mata pertama negara. Permainan menentang perseorangan utama Denmark, Viktor Axelsen cukup mendebarkan.
Pada set pertama, Lee Chong Wei telah mendahului sehingga 18-11 namun dikejar rapat oleh bekas pemain juara dunia itu yang menyamakan kedudukan pada keputusan 19-19. Malahan Viktor hampir-hampir mendapat mata kemenangan namun keputusan Lee Chong Wei untuk menyemak kedudukan bola berhasil apabila keputusan menyaksikan bulu tangkis keluar.
Ia memberikan peluang untuk Chong menamatkan perlawanan selepas mendapat kembali servis dan mata.

Pada set kedua, permainan cukup sengit namun Lee Chong Wei berjaya menguasai pada penghujung perlawanan sekaligus memenangi perlawanan. Keputusan penuh menyaksikan Lee Chong Wei menang dengan keputusan 23-21, 21-18 dalam masa 54 minit.

Perlawanan kedua pula menyaksikan pasangan beregu negara menunjukkan aksi menarik. Selepas dikritik pada aksi sebelum ini, gandingan Goh V Shem/Tan Wee Kiong mempamerkan aksi yang lebih mantap. Pasangan beregu utama ini menumpaskan Mathias Boe/Mads Conrad Peterson dengan keputusan straight set 21-18, 21-18 dalam tempoh 47 minit.
Kemenangan itu menyaksikan pasukan negara mendahului dengan keputusan 2-0 dan mempunyai harapan untuk mara ke akhir.

Perlawanan perseorangan kedua menyaksikan pemain perseorangan kedua negara Iskandar Zulkarnain menentang Hans Kristian Vittinghus. Iskandar yang berjaya dalam perlawanan sebelum ini nampaknya terpaksa akur dengan VInttinghus.

iskandar-zulkarnain
Walaupun pada satu ketika beliau berjaya mendahului di set pertama namun tekanan mulai dirasakan. Kesilapan demi kesilapan memberikan return tinggi menyaksikan mata mudah dipungut pihak lawan. Kegagalan mengawal tekanan juga menyaksikan Iskandar dipaksa berlari gelanggang manakala pihak lawan mudah mengawal permainan.
Keputusan menyaksikan Iskandar tumpas dengan keputusan 18-21, 18-21 dalam tempoh 46 minit.
Keputusan itu menyaksikan Denmark merapatkan kedudukan dengan Malaysia 1-2.

Perlawanan beregu veteran negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menentang Kim Astrup/Anders Skaarup menyaksikan permulaan yang baik. Pasangan negara bermain laju dan menang set pertama dengan keputusan 21-10.
Namun pada set kedua, pasangan negara bermain teruk selepas pasukan Denmark meneruskan aksi menyerang. Pada set ketiga, stamina pasangan negara ini berkurangan menyaksikan kegagalan dan memberikan mata mudah kepada pasukan lawan.
Keputusan menyaksikan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong tumpas kepada pasangan Denmark dengan keputusan 21-10, 8-21, 13-21 dalam masa 59 minit.

Perseorangan ketiga negara menyaksikan Chong Wei Feng tidak mampu membawa mata kemenangan negara. Pemain perseorangan ketiga negara itu tumpas kepada pemain Denmark, Emil Holst.

Chong Wei Feng tidak berada dalam standard apabila Emil Holst berjaya menguasai gelanggang dengan mudah sekaligus kemenangan berpihak kepada lawan dengan keputusan 15-21, 18-21 dalam masa 51 minit.

Tahniah kepada pasukan negara yang berjaya ke separuh akhir. Mungkin pada 2 tahun akan datang, sesuatu perlu dilakukan sekiranya impian untuk mendakap Piala Thomas masih diharapkan.
Kemungkinan besar 2 tahun nanti, tiada lagi Lee Chong Wei, Tan Boon Heong/Koo Kien Keat dan Chong Wei Feng. Mungkin Iskandar perlu bangkit dari kekalahan ini untuk memperbaiki segala kelemahan.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Piala Thomas 2016 : Malaysia terkandas di separuh akhir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)