Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala Sultan Azlan Shah tangguh tahun hadapan

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah perkenan menangguhkan Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah Edisi ke-29 ke tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola kejohanan, Datuk Abd Rahim Md Ariff memaklumkan perkara tersebut dalam satu surat kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengelola telah mendapat perkenan dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan untuk menangguhkan Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah Edisi ke-29 2020 ke 2021.

“Ia atas sebab-sebab penularan pandemik Covid-19 dan ekonomi yang merosot secara global,” katanya.

Menurutnya, pandemik yang sama turut dihadapi negara-negara pasukan yang dijemput.

“Pasukan yang dijemput juga mengalami situasi yang sama di negara masing-masing yang menyebabkan latihan tidak dapat dijalankan untuk persiapan menyertai kejohanan ini.

“Jawatankuasa Pengelola juga berpendapat bahawa walaupun Perintah Kawalan Pergerakan akan ditamatkan, namun perhimpunan secara besar-besaran tidak dibenarkan untuk tempoh masa selama enam bulan,” katanya.

Sebelum ini, jawatankuasa tersebut memaklumkan bahawa kejohanan itu ditunda ke tarikh baharu iaitu 24 September hingga 3 Oktober di Stadium Sultan Azlan Shah Ipoh.

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengesahkan Australia, Kanada, Jepun, Korea Selatan, Pakistan dan tuan rumah Malaysia menyertai kejohanan yang sepatutnya berlangsung pada 11 hingga 18 April.

Tahun lalu, Korea Selatan merupakan juara kejohanan menewaskan India dan Malaysia berada di tangga ketiga.

Sumber :-Sinar Harian

Keputusan yang dijangkakan kerana wabak Pandemik COVID-19 ini masih belum selesai. Jadi agak sukar untuk menarik pasukan negara lain untuk menyertai Kejohanan ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)