LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala Sultan Azlan Shah 2019 : Kenapa Kita Masih Kempunan Kejuaraan ?

Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019 telah melabuhkan tirainya pada hari Sabtu yang lalu.
Kejuaraan berpihak kepada pasukan Korea Selatan yang menumbangkan pasukan India. Skuad hoki negara pula terpaksa berpuas hati menduduki tangga ketiga dengan menumpaskan Kanada melalui keputusan 4-2.
Dalam kejuaraan tahun ini tiada pasukan elit seperti Australia, Jerman dan Belanda namun kehadiran Juara Sukan Asia 2018 , Jepun , Korea Selatan, India memberikan kesukaran untuk skuad negara menjuarai kejohanan untuk pertama kali.

Impian itu masih tertangguh lagi pada tahun ini. Nampaknya perubahan jurulatih juga belum mampu menjanjikan kejuaraan.
Kenapakah agaknya kita masih belum mampu menjuarai kejohanan hoki antara tertua dunia ini ? Persoalan ini sukar untuk dijawab.
Ligakampung.com berpendapat masih ada kelemahan dari segi strategi yang diterapkan oleh jurulatih Roelant Othmans. Mungkin beliau masih baru membimbing tetapi kelemahan fokus di barisan pertahanan perlu diperbaiki seberapa segera.
Ini penting untuk mendapatkan slot kelayakan di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo nanti. Dalam aksi ini terdapat beberapa nama baharu yang dimasukkan dan mungkin ia petanda positif untuk skuad hoki negara.
Meskipun kita masih kempunan kejuaraan di Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah ini namun ia tetap suatu pencapaian yang lebih baik berbanding pada tahun sebelumnya.
Semoga sukan hoki negara akan terus unggul dan mampu mencapai sesuatu yang dibanggakan pada kejohanan lain.

Apa pula pendapat anda ? Mungkin ada pandangan tersendiri tentang Kejohanan kali ini.

Keputusan Akhir Piala Sultan Azlan Shah 2019

Tempat 1 dan 2

Korea Selatan mng India 1-1 (4-2 penalty shootout)

Tempat 3 dan 4

Malaysia mng Kanada 4-2

Tempat 5 dan 6

Jepun mng Poland 6-1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.