Piala Sultan Azlan Shah 2018 : Malaysia mulakan langkah kanan tumpaskan Ireland

Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah telah memasuki edisi 27. Kejohanan kali ini menyaksikan ianya disertai oleh 6 pasukan termasuk Malaysia.
Pasukan Argentina, India, Australia, England, Ireland dan Malaysia beraksi untuk menjadi antara kejohanan pemanas badan sebelum Kejohanan Hoki Dunia 2018 nanti.
Perlawanan pertama menyaksikan pasukan negara bertarung dengan pasukan Ireland. Pasukan negara berjaya mendapatkan gol melalui ketua pasukan Razie Rahim.
Menariknya jika sebelum ini gol dari Razie Rahim banyak dihasilkan melalui pukulan sudut penalti namun gol hari ini menyaksikan pemain pertahanan ini melakukan pintasan dan membawa bola sehingga ke kotak D lawan lalu merembat bola melepasi penjaga gol Irealand pada minit ke 4.
Pasukan negara meneruskan serangan dan hasilnya penyerang berpengalaman Tengku Ahmad Tajuddin mudah menolak bola masuk ke gawang Irealand pada minit ke 9.

Pada minit ke 24, Razie Rahim menjaringkan gol. Kali ini menerusi pukulan sudut penalti yang disudahkan dengan baik. Pada minit ke 44 sekali lagi Razie Rahim menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti.
Pemain Ireland tidak berputus asa dan Kirk Shimmins berjaya mendapatkan gol saguhati pada minit ke 53. Tahniah kepada pasukan negara dan diharap perlawanan kedua pasukan negara mampu bermain lebih baik.

Keputusan Penuh Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2018 (3 Mac 2018)

Argentina vs India 3-2

Australia vs England 4-1

Malaysia vs Ireland 4-1

1 thought on “Piala Sultan Azlan Shah 2018 : Malaysia mulakan langkah kanan tumpaskan Ireland

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.