LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala Sudirman 2019 : Skuad Negara kandas di tangan Jepun

Nampaknya impian untuk melakar kejutan di Kejohanan Piala Sudirman 2019 tidak menjadi kenyataan. Barisan pemain Malaysia terpaksa akur selepas bertemu dengan pasukan pilihan kedua, Jepun di suku akhir.
Dalam perlawanan yang berlangsung pagi tadi, skuad negara terpaksa akur dengan kehebatan Jepun selepas tumpas 0-3.
Kejohanan yang berlangsung di Jepun itu menyaksikan pasangan beregu negara, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi tumpas 21-13, 24-26, 21-23 kepada pasangan Takeshi Kamura dan Keigo Sonoda.

Seperti dijangka barisan perseorangan wanita negara yang diwakili oleh Soniia Cheah mudah ditundukkan oleh Nozumi Okuhara dengan keputusan 16-21, 13-21.
Pemain perseorangan pertama lelaki negara, Lee Zii Jia ternyata bukan tandingan pemain no 1 dunia, Kenta Momota apabila ditumpaskan dengan straight set 18-21, 16-21.

J. (Photo by Robertus Pudyanto/Getty Images)


Keputusan itu menyaksikan barisan pemain negara terpaksa pulang.

Sememangnya ia sudah dijangkakan apatah lagi selepas mendapat undian menentang Jepun.
Skuad badminton negara perlu ada revolusi terkini kerana sebelum ini pasukan Jepun bukanlah kuasa besar tapi dalam beberapa tahun ini keupayaan mereka meningkat.
Barisan kepimpinan badminton perlu mencari idea untuk mengembalikan sengat bagi pasukan badminton pada masa akan datang.
Mungkin sukar dalam masa terdekat ini kalau melihat prestasi pemain yang terumbang ambing.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)