Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala Sudirman 2019 : Malaysia tumpas kepada China

Pemain muda negara tidak mampu mengalas tanggungjawab berat menentang tuan rumah, China dalam kejohanan Piala Sudirman 2019.
Kejohanan yang menampilkan acara berpasukan secara campuran itu menyaksikan Lee Chong Wei tidak beraksi.
Tanggungjawab pemain perseorangan digalas oleh pemain muda negara, Lee Zii Jia. Harapan yang disandarkan untuk melakukan kejuatan ke atas pemain nombor dua dunia, Shi Yuqi tidak menjadi kenyataan.
Zii Jia yang berusia 21 tahun itu mudah dijinakkan oleh pemain china berusia 23 tahun itu dengan keputusan 12-21 ,11-21 dalam tempoh 35 minit sahaja.

[ Maklumat Piala Sudirman 2019 | Wikipedia ]

Aksi pertama menyaksikan beregu lelaki yang berjaya ke peringkat akhir Seluruh England 2019, Aaron Chia / Soh Wooi Yik berjaya mengheret pemainan hinga ke set penentuan sebelum ditewaskan juara dunia Li Junhui/ Liu Yuchen dengan keputusan 21-18, 14-21, 22-24.
Perseorangan wanita negara, Soniia Cheah pula tidak mampu mendapatkan mata selepas tumpas kepada pemain no 3 dunia, Chen Yufei dengan keputusan 15-21, 23-21, 14-21.

Beregu wanita negara, Vivian Hoo/ Yap Cheng Wen tidak mampu bersaing selepas tumbang kepada gandingan NO 1 dunia Du Yue/Li Yunhui 18-21,14-21.
Pasangan beregu campuran negara yang semakin meningkat naik, Tan Kian meng/ Lai Peng Jing tidak mampu meraih mata selepas terpaksa akur dengan kehebatan juara dunia yang kini merupakan pasangan beregu campuran no 1 dunia, Huang Yaqiong/Zheng Siwei dengan keputusan 16-21, 12-21.

Sumber = UTUSAN ONLINE

Ligakampung.com tidak menjangkakan skuad Piala Sudirman ini pergi jauh. Kalau kita lihat prestasi barisan pemain negara dalam kejohanan sebelum ini pun tiada aksi membanggakan dari mereka. Apatah lagi dalam kejohanan yang melibatkan lelaki dan wanita. Mungkin Kejohanan ini lebih kepada pendedahan berbanding mendapatkan keputusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.