LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala Sudirman 2019 : Malaysia tewaskan India

Barisan pasukan badminton negara menarik nafas lega apabila berjaya mencatatkan kemenangan pertama dalam Kejohanan badminton Piala Sudirman 2019.
Pada perlawanan kedua itu, skuad negara mencatat kemenangan tipis ke atas India selepas menang 3-2.
Mei Kuan/ Meng Yean menjadi wira selepas menundukkan gandingan India, Ponnappa- Reddy N. Sikki dengan keputusan 21-11, 21-19 sekaligus membawa mata kemenangan negara.

Pasangan beregu campuran, Goh Soon Huat/Shevon Lai tewas kepada pasangan Satwiksairaj Rankireddy/ Ashwini Ponnappa dalam pertarungan rubber set 21-16,17-21,22-24.
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia berjaya memungut mata pertama selepas menundukkan Sameer Verma 21-13, 21-15 sebelum India melalui perseorangan wanita, Pusarla V.Sindhu mendapatkan mata kedua India selepas menumpaskan Goh Jin Wei 21-12,21-8.
Pasangan beregu negara, Aaron Chia/Teo Ee Yi pula berjaya mendapatkan mata penyamaan selepas mengenepikan Attri Manu/ Reddy B. Sumeeth 22-20,21-19.

Keputusan ini memberikan peluang untuk skuad negara ke suku akhir selepas sebelum ini tumbang kepada China dengan keputusan 0-5.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)