Piala Monsun gagal

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Monsoon Cup
jpeg image hosting

Agak mengejutkan bila membaca berita di Berita Harian mengenai kenyataan bahawa perlumbaan kapala layar, Piala Monsun yang dianjurkan di Terengganu gagal. Ini kerana ia tidak memberi pulangan pelaburan setimpal dengan dana yang diberikan oleh kerajaan. Bukan apa, dulu rasanya isu ni sering dipertahankan oleh Menteri. Namun kali ini bila kenyataan dikeluarkan bahawa kerajaan mengeluarkan belanja RM20 juta bagi setiap tahun nampaknya ia perlu diambil tindakan.
Sekiranya penganjuran dengan nilai sebesar itu tidak mampu memberikan pulangan sedangkan penganjuran sudah 7 tahun jadi pihak Kementerian perlu melakukan tindakan drastik. Samada mengecilkan jumlah peruntukan ataupun membatalkan sahaja Piala Monsun ini. Rasanya wang yang banyak digunakan untuk penganjuran itu lebih baik disalurkan untuk program pembangunan sukan kapal layar itu sendiri. Ini kerana walaupun mempunyai ahli-ahli sukan kapal layar yang berpotensi namun mereka tidak mendapat perhatian dari media masa.
Ini sekaligus menjadikan sukan ini kurang popular dan hanya disertai oleh kalangan orang banyak duit sahaja. Sedangkan ramai budak-budak laut di luar sana yang mempunyai pengalaman dan kekuatan di laut namun agak mustahil untuk menceburi bidang ini. Rasanya pembaca (termasuk yang menaip ni) pun tak berapa tau pasal sukan melibatkan hal kapal layar ni kan?

Sekian..

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

8 thoughts on “Piala Monsun gagal

  1. piala ni sepatutnya membawa masuk lebih ramai pelacong asing ke tganu, tapi kalau kesan dia tidak membawa keuntungan, eloklah belanja ke arah yang berbeza.

  2. kalau tak untung atau apa-apa yang membawa kebaikan kepada ekonomi, nuat apa dibuat..dah tu 7 kali buat baru cakap nak berentikan?? ruginya lah

  3. Elok buat pembangunan sukan lain
    Rakyat tak minat sangat nak tengok kapal layar ni
    Duit tu pun duit rakyat juga kan?

Leave a Reply