LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala Malaysia 2017 : JDT julang kejuaraan

Tamat sudah Liga Malaysia 2017 selepas perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 sebentar tadi. Perlawanan yang menyaksikan pasukan juara Liga Super dan juara Piala FA musim 2017 ini menjanjikan saingan sengit.


Pasukan Kedah selaku juara bertahan perlu menangani pasukan JDT yang cukup hebat dalam kejohanan Liga Super.
Perlawanan bermula garang apabila skuad JDT dan Kedah cuba merencanakan serangan awal. Di minit ketiga, pasukan JDT mendapat sepakan sudut yang diambil oleh Safiq berjaya ditanduk masuk oleh Aidil Zafuan.
Ia memberikan kelebihan awal kepada pasukan JDT. Ketika pasukan Kedah mencuba mendapatkan gol penyamaan, Gabriel Guerra hampir menjaringkan gol kedua namun ia berjaya dihadang oleh penjaga gol Kedah Ifwat.

Perlawanan seimbang apabila Badrol Baktiar juga memperolehi peluang namun dihampakan oleh palang. Pada separuh masa kedua, pasukan Kedah berusaha mencari gol penyamaan namun pemain import JDT, Gonzalo Cabrera menjadi pemusnah pada minit ke 63 selepas mendapat ruang di tengah gol melalui hantaran Hazwan Bakri.
Gol tersebut sedikit sebanyak mengugat konsenstrasi pasukan Kedah. Baddrol Bakhtiar sekali lagi terlepas peluang selepas percubaannya terkena tiang pada minit ke 67.

Perlawanan menjadi sedikit agressif terutama pasukan Kedah yang semakin tertekan dengan beberapa keputusan pengadil. Secara keseluruhannya pengadil dapat mengawal perlawanan dengan baik.
Tahniah kepada pasukan JDT yang berjaya menamatkan kemarau Piala Malaysia selepas kali terakhir menjulang melalui pasukan Johor pada tahun 1991.

Juara Piala Malaysia 2017 : JDT

Senarai Juara Piala Malaysia sehingga 2017

Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2017 : Gonzalo Cabrera (JDT)

** Pilihan Admin adalah Natso Inxa sebab dia mengawal baik bahagian tengah. Cuma pemain paling menarik Liridon sebab skill selamba kawal bola tu..

 

 

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)