LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala Malaysia 2014 bakal beraksi

Nampaknya kejohanan bolasepak Piala Dunia 2014 telahpun melabuh tirainya dan peminat bolasepak sudahpun mengetahui keputusannya. Ada yang gembira dan tidak kurang berduka dengan keputusan pasukan pilihan masing-masing.

Kita tinggalkan cerita pasal Piala Dunia 2014 dan kini kita kembali semula ke liga bolasepak tempatan. Selepas tamatnya Liga Super 2014 yang dikuasai oleh JDT, satu lagi trofi yang menjadi rebutan pasukan bolasepak tempatan.
piala-malaysia-2014
Ketua pasukan bertanding bergambar bersama trofi Piala Malaysia

Piala tersebut iaitu Piala Malaysia akan menjadi rebutan 16 pasukan yang telah layak ke kejohanan ini. Perlawanan yang akan berlangsung bermula pada 13 Ogos 2014 ini akan mencapai kemuncaknya pada 8 November 2014 nanti.

Undian telah dilakukan dan rasanya ramai yang dah tahu tentang pasukan dan kumpulan masing-masing. Bagi yang tertinggal, berikut merupakan keputusan undian Piala Malaysia 2014

Keputusan undian Piala Malaysia 2014

Kumpulan A: Pahang, Lions XII FC, KL Felda United FC dan Johor Darul Ta’zim FC II

Kumpulan B: Terengganu, Sarawak, Perak dan Kedah

Kumpulan C: Johor Darul Ta’zim FC, Kelantan, ATM dan Pulau Pinang

Kumpulan D: Selangor, KL Sime Darby FC, PDRM dan Terengganu PBDKT/ T-Team

Kalau dilihatkan dalam kumpulan yang diundi, nampaknya juara bertahan, Pahang mempunyai kedudukan yang agak baik untuk ke peringkat selanjutnya. Tapi apapun boleh berlaku. Bagi peminat bolasepak tempatan, sokonglah pasukan anda.

Tambahan Info bolasepak tempatan

Pengendali baharu Harimau Malaya akan mengadakan aksi persahabatan menentang Tajikistan bulan depan bagi memberi idea untuknya memilih pemain terbaik bagi membarisi kesebelasan utama.
Semoga penggantian jurulatih Harimau Malaya ini akan membuahkan hasil. Mungkin agak sukar untuk kejohanan Piala AFF Suzuki hujung tahun ini mencipta kejayaan. Diharap matlamat jangka panjang boleh dilakukan oleh lagenda bolasepak Malaysia ini.

Sumber : FAM

Please follow and like us:
error0

One thought on “Piala Malaysia 2014 bakal beraksi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)