LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala Dunia 2014 : Sepanyol diaibkan Belanda

Kejohanan Piala Dunia telah berlangsung dan antara perlawanan awal yang menjadi tumpuan pasti antara pasukan bekas juara dan naib juara Piala Dunia 2010 iaitu Sepanyol menentang Belanda.
Selain dari kejaguhan kedua-dua pasukan, secara kebetulan perlawanan tersebut berlangsung pada Sabtu pagi. Maka ia merupakan waktu yang sesuai untuk ditonton. Jika pada perlawanan akhir Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Afrika itu memberikan kemenangan kepada Sepanyol namun pada perlawanan pertama peringkat kumpulan kali ini pula berbeza.

Jangkaan bahawa perlawanan akan seimbang dan hanya mungkin ditentukan dengan 1 atau 2 gol sahaja meleset. Pasukan Belanda atau dikenali dengan gelaran ‘ The Orange’ membelasah skuad ‘La Roja’ dengan keputusan 5-1. Pada perlawanan tersebut, pasukan Sepanyol mendahului dengan jaringan gol penalti setelah penyerang , Diego Costa dijatuhkan dalam kotak penalti.
Penyerang sensasi, Robin Van Persie menyamakan kedudukan pada minit ke 44 melalui satu tandukan cantik untuk memastikan perlawanan terikat 1-1 sebelum tamat masa pertama.

robin van persie tanduk terbang
windows 7 screen shot

Gol pertama dari Robin Van Persie untuk Belanda melalui tandukan

Pada separuh masa kedua, pemain sayap yang bermain dengan kelab Bayern Munich, Arjen Robben berjaya menjaringkan gol selepas memperdayakan pertahanan lawan pada minit 53. Pemain muda Belanda , Stefan de Vrij berjaya menjaringkan gol pada minit ke 65 melalui sentuhan mudah di depan gol terbuka selepas kesilapan penjaga gol Sepanyol yang tidak dapat menangkap hantaran di depan gol.

robben gol kelima
pic host

Gol kelima Belanda dari Robben yang bijak memperdayakan penjaga gol Sepanyol

Robin Van Persie menambah duka pasukan Sepanyol dengan gol ke 72 sebelum Arjen Robben menjaringkan gol kelima pada minit ke 80. Satu permainan yang dikuasai oleh pasukan Belanda pada separuh masa kedua terutama dengan kemampuan barisan serangan yang cukup tajam pada hari ini. Selain itu, kesilapan penjaga gol Sepanyol Iker Casilas terutama pada 2 gol lawan pasti akan menjadi mimpi ngeri untuk beliau.

Keputusan yang amat mengejutkan bagi pasukan bertaraf dunia. Walaupun kekalahan mungkin boleh berlaku pada pasukan bekas juara dunia 2010 dan juara Eropah 2012 ini namun kekalahan besar ini cukup mengaibkan.
Pasti ia memberikan pengalaman ngeri kepada pasukan Sepanyol serta para penyokong mereka. Apapun, perjuangan masih jauh untuk kedua-dua pasukan. Samada pasukan Sepanyol mampu bangkit atau mengalami kejatuhan moral akibat kekalahan ini, hanya mereka yang mampu menjawabnya pada perlawanan akan datang.
Sekian..

p/s :- Kepada para penyokong Sepanyol, jangan kecewa. Mungkin mereka mampu bangkit pada perlawanan akan datang.

Gambar :GettyImages

Please follow and like us:
error0

One thought on “Piala Dunia 2014 : Sepanyol diaibkan Belanda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)