LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala Dunia 2014 : Keputusan Perlawanan Suku Akhir 6.7.2014

Selepas pasukan Brazil dan Jerman berjaya menempah tiket ke separuh akhir, hari ini 2 pasukan lagi akan ditentukan. 2 perlawanan yang akan menentukan jagoan yang akan ke 4 pasukan terbaik.
Perlawanan pertama bermula pada jam 12.00 tengah malam melibatkan antara pasukan pilihan Argentina menentang Belgium. Atas kertas nampak seakan pasukan Argentina yang diketuai pemain terbaik dunia, Lionel Messi mempunyai kelebihan. Namun pasukan Belgium mempunyai pemain berpengalaman beraksi di liga-liga terbaik dunia.
argentina vs belgium6 600x350
screen shot windows 7

Pertembungan yang menjanjikan saingan menarik untuk ditonton pada pagi ini. Pasukan Argentina pasti masih mengharapkan sentuhan ajaib Lionel Messi manakala pasukan Belgium pasti akan menggunakan kesemua kepakaran untuk menjaringkan gol. Sudah pasti pemain berskill tinggi Eden Hazard diharapkan mampu menyinar bagi kem Belgium disamping ketajaman penyerang Romero Lukaku untuk merobek gawang Argentina.
Argentina pula masih mempunyai bintang seperti Sergio Aguero, Higuain yang masih belum mencapai tahap sebenarnya pada perlawanan sebelum ini. Mungkin kelebihan pada Argentina kerana beraksi di Brazil yang tidak banyak berbeza dengan cuaca di Argentina.

Ramalan : Argentina 1 Belgium 0

Perlawanan kedua pula melibatkan pasukan Eropah, Belanda menentang Costa Rica. Pasukan Costa Rica mencipta kejutan terbesar untuk kejohanan kali ini apabila layak hingga ke tahap suku akhir. Sudah pasti mereka ingin meneruskan prestasi mereka namun lawan yang akan ditentang bukan calang-calang pasukan. Belanda merupakan antara kuasa besar dalam sukan bolasepak dan pasti memberi kesukaran kepada skuad Costa Rica.
netherland vs costa rica
image free hosting

Walaupun sebagai pasukan bukan pilihan, Belanda pasti tidak ingin memandang mudah. Ini kerana Costa Rica berjaya membenam pasukan handalan seperti Uruguay, Itali, England dan mampu menidakkan Greece ketika beraksi dengan 10 pemain. Kekuatan permainan berpasukan pastinya menjadi tunjang untuk skuad Costa Rica melakar kejutan pada kejohanan kali ini.

Ramalan : Belanda 2 Costa Rica 1

Keputusan Perlawanan Piala Dunia Suku Ahir 6.7.2014

Argentina vs Belgium 1-0
8′ Gonzalo Higuain (ARG)
** Pasukan Argentina mengesahkan tiket ke separuh akhir selepas menang tipis ke atas Belgium.

Belanda vs Costa Rica 0-0 [ 3-4 (P)]

** Pasukan Belanda berjaya ke separuh akhir selepas menang menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedudukan terikat 0-0 sehingga tamat masa penuh..

Please follow and like us:
error0

One thought on “Piala Dunia 2014 : Keputusan Perlawanan Suku Akhir 6.7.2014

  1. agaknya malam baru ni, terkejut masa nak tidur bila dengar bunyi orang hentak meja..sebab tgk suku akhir world cup nilah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)