LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala Dunia 2014 : Keputusan Perlawanan Separuh Akhir 9.7.2014

Hari ini berlangsung perlawanan bolasepak separuh akhir Piala Dunia. Perlawanan yang pasti akan dinantikan oleh peminat bolasepak terutama penyokong pasukan tuan rumah.
Perlawanan yang berlangsung pada pukul 4.00 pagi di Stadium Mineiro, Belo Horizonte menyaksikan pasukan tuan rumah, Brazil menentang Jerman. Pasukan Brazil yang tampak tempang tanpa kehadiran pemain sensasi Neymar yang cedera serta penggantungan ketua pasukan, Thiago Silva pasti berdepan cabaran besar menentang Jerman.
brazil vs germany
image upload no size limit

Walaupun tanpa pemain tersebut, Brazil masih dianggap pilihan berdasarkan kekuatan di tempat sendiri. Namun pasukan Jerman yang lebih konsisten perlu berwaspada dengan pasukan tuan rumah. Walaupun tampak hebat di setiap posisi namun aksi pasukan Jerman pada perlawanan sebelum ini agak goyah. Pasukan manakah yang akan mampu untuk merebut tempat ke akhir sekaligus berpeluang untuk menjulang Piala kebanggaan pemain bolasepak dunia ini? Adakah kepintaran jurulatih Felipe Scolari atau Joachim Loew yang akan mengena? Kita saksikan perlawanan pada pagi ini..

Keputusan perlawanan separuh akhir Piala Dunia 9.7.2014

Brazil vs Jerman 1-7
T. Müller 11′ (JER)
M. Klose 23′ (JER)
T. Kroos 24′ , 26′ (JER)
S. Khedira 29′(JER)
André Schürrle 69′ (JER)
André Schürrle 79′ (JER)
Oscar 90′ (BRA)
** Keputusan yang amat mengejutkan dimana Jerman bukan sahaja menang perlawanan ini ditempat lawan tetapi melakukan sejarah mengaibkan Brazil dengan jaringan besar. Sudah pasti ini merupakan perlawanan yang tidak ingin dikenang oleh penyokong pasukan Brazil
 

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Piala Dunia 2014 : Keputusan Perlawanan Separuh Akhir 9.7.2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)