LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala Dunia 2014 : Keputusan Perlawanan Piala Dunia 21.6.2014

Hari ini berlangsung perlawanan Piala Dunia membabitkan pertarungan pasukan dari kumpulan D dan kumpulan E. Perlawanan kumpulan D ini agak menarik kerana ia akan memberi kesan kepada pasukan yang berpeluang untuk layak ke pusingan kedua dengan lebih awal. Bukan itu sahaja, ia juga boleh memberi kesan besar kepada pasukan England yang tumpas pada perlawanan pagi semalam.
Perlawanan kumpulan D berlangsung pada jam 12.00 pagi antara pasukan Itali menentang Costa Rica. Berdasarkan sejarah dan ranking, kelebihan pada pasukan Itali namun Costa Rica yang mengejutkan Uruguay pada perlawanan pertama tidak boleh dipandang rendah. Kejayaan menumbangkan Uruguay sesuatu yang hebat. Pasti Itali akan mendapat tentangan hebat dari pasukan Costa Rica.

Perlawanan kumpulan E pula membabitkan 2 perlawanan. Perlawanan pertama pada jam 3.00 pagi antara Switzerland menentang Perancis. Kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan seimbang. Walaupun Perancis lebih popular namun ranking Switzerland lebih baik dari Perancis dan tidak mustahil mereka mampu menumbangkan pasukan Les Blues ini.
WORLDCUP MATCHES DL Switzerland France
free picture upload

Perlawanan kumpulan E yang lain pula membabitkan Honduras menentang Ecuador pada jam 6.00 pagi. Kedua-dua pasukan pasti ingin mendapatkan mata penuh bagi mencerahkan peluang ke pusingan kedua setelah tumpas pada perlawanan sulung tempohari.

Keputusan Perlawanan Piala Dunia 21.6.2014

Itali vs Costa Rica 0-1
B. Ruiz 44′ (CR)

Switzerland vs Perancis 2-5
B. Džemaili 81′, G. Xhaka 87′(SWI)
O. Giroud 17′, B. Matuidi 18′, M. Valbuena 40′, K. Benzema 67′, M. Sissoko 73′(PER)

Honduras vs Ecuador 1-2
C. Costly 31′ (HON)
E. Valencia 34′, 65′ (ECU)

Please follow and like us:
error0

One thought on “Piala Dunia 2014 : Keputusan Perlawanan Piala Dunia 21.6.2014

  1. Nampak hebat France kali ni walaupun tanpa Ribery. Mungkin least expectation dari media Perancis kurangkan tekanan dan pemain dapat bermain lebih baik unlike media England. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)