LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala Dunia 2014 : Keputusan Perlawanan 27.6.2014

Hari ini berlangsung perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi pasukan yang bertanding bagi kejohanan bolasepak FIFA Piala Dunia 2014. Penentuan antara pasukan dari kumpulan G dan kumpulan H yang akan menentukan 4 pasukan yang akan mara ke peringkat seterusnya.
germany vs usa friendly
free photo hosting

Bagi pasukan dari kumpulan G, perlawanan akan disiarkan pada jam 12.00 pagi membabitkan pasukan Jerman menentang US manakala Ghana menentang Portugal. Menariknya pada perlawanan kumpulan ini dimana tiada satupun pasukan yang disahkan layak ke peringkat kedua. Malahan pertembungan antara US dan Jerman adalah penentuan bagi kedua-dua pasukan. Kekalahan memungkinkan mereka tersingkir di peringkat kumpulan namun bergantung kepada perlawanan antara Ghana dan Portugal.

Bagi perlawanan kumpulan H pula, perlawanan berlangsung pada jam 4.00 pagi. Hanya pasukan Belgium yang telah sah layak ke peringkat seterusnya. Pertembungan antara Algeria dan Russia mungkin akan memberikan peluang untuk mengiringi Belgium namun mereka perlu berwaspada kerana sekiranya Korea Selatan melakukan kejutan dengan menang besar dan perlawanan Russia dan Algeria seri maka peluang pasukan Asia itu terbuka.

Pasukan manakah yang akan mengisi slot terakhir pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan ini ?

Keputusan Perlawanan Piala Dunia 27.6.2014

Portugal vs Ghana 2-1
J. Boye 30′ (own goal), Cristiano Ronaldo 80′ (POR)
A. Gyan 57′ (GHANA)
** Kedua-dua pasukan tersingkir . Tiada lagi kelibat Cristiano Ronaldo pada perlawanan peringkat seterusnya.

US vs Jerman 0-1
T. Müller 55′ (JER)
** Jerman kekal selaku pendahulu dan akan menentang Algeria pada pusingan kedua nanti.

Algeria vs Russia 1-1
I. Slimani 60′ (ALG)
A. Kokorin 6′ (RUS)
** Algeria berjaya ke pusingan kedua dan bakal menentang Jerman.

Korea Selatan vs Belgium 0-1
J. Vertonghen 77′ (BELG)
** Belgium kekal selaku pendahulu dan akan menentang US pada pusingan kedua.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Piala Dunia 2014 : Keputusan Perlawanan 27.6.2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)