LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala Dunia 2014 : Keputusan Perlawanan 25.6.2014

Hari ini berlangsung perlawanan terakhir bagi kumpulan C dan D. 8 pasukan bertarung untuk menentukan pasukan yang akan bertarung di peringkat pusingan kedua. Bagi kumpulan D perlawanan yang berlangsung pada jam 12.00 pagi membabitkan antara Costa Rica menentang England dan Itali menentang Uruguay.
Perlawanan antara Costa Rica menentang England mungkin hanya sekadar pelengkap kerana Costa Rica telah sedia layak manakala England pula telah tersungkur selepas 2 kekalahan. Namun mungkin kedua-dua pasukan mempunyai misi tersendiri pada perlawanan terakhir kumpulan. Bagi perlawanan antara Itali menentang Uruguay pula pasti menjanjikan saingan hebat.

WORLDCUP MATCHES DL Italy Uruguay
image post

Kedua-dua pasukan ingin kemenangan bagi mengesahkan perlawanan pusingan kedua nanti. Kekalahan menyebabkan pasukan akan pulang awal.

Bagi perlawanan kumpulan C pula membabitkan antara Ivory Coast dan Greece serta Jepun menentang Colombia pada jam 4.00 pagi. Kedua-dua perlawanan dijangka menarik kerana ketiga-tiga pasukan iaitu Greece, Ivory Coast dan Jepun masih berpeluang mengiringi Columbia ke pusingan kedua. Hanya kemenangan mampu membawa mereka ke perlawanan peringkat kedua nanti.

Keputusan Perlawanan Piala Dunia 25.6.2014

Costa Rica vs England 0-0

** Costa Rica sah juara kumpulan D sekaligus akan menentang Greece.

Uruguay vs Itali 1-0

81′ D.Godin (URU)

** Uruguay berjaya menumpaskan Itali melalui gol minit terakhir Godin sekaligus melayakkan diri ke pusingan kedua bertemu Colombia. Ada isu kontroversi membabitkan bintang Uruguay , Luis Suarez yang dikatakan mengigit pemain Itali, Giorgio Chiellini

Suarez bite
windows 7 screenshot

Ivory Coast vs Greeece 1-2

42′ A Samaris (GRE)

74′ W. Bony (IVO)

90′ G.Samaras (GRE)

** Greece layak ke pusingan kedua melalui jaringan minit terakhir sekaligus akan menempah pertemuan dengan pasukan Costa Rica.

Columbia vs Jepun 4-1

17′  J.Cuadrado (COL)

45′ S Ozaki (JEP)

55′ J.Martinez (COL)

82′ J.Martinez (COL)

89′ J Rodriguez (COL)

** Columbia mengesahkan kedudukan di tangga pertama sekaligus akan menentang skuad Greece pada pertemuan pusingan kedua nanti.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)