LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala Dunia 2014 : Keputusan Perlawanan 24 Jun 2014

Hari ini berlangsung perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi kumpulan A dan B. Kelapan-lapan pasukan akan bertarung satu sama lain dengan misi berbeza.
Perlawanan dimulakan pada pagi ini membabitkan kumpulan B dimana Australia akan menentang Sepanyol serta Belanda menentang Chile pada jam 12.00 pagi.
Kedua-dua perlawanan mempunyai misi berbeza dimana perlawanan antara Australia menentang Sepanyol lebih mempertahankan maruah tercalar selepas tersingkir dari Piala Dunia pada peringkat kumpulan.
Bagi perlawanan antara Belanda menentang Chile pula mempunyai misi untuk mendapat tempat teratas bagi kumpulan B.

Bagi perlawanan kumpulan A pula, persaingan masih terbuka bagi tiga pasukan iaitu Brazil, Croatia dan Mexico. Brazil mempunyai kelebihan apabila akan melayani Cameroon pada perlawanan jam 4.00 pagi ini. Ini kerana Cameroon sudah tersingkir dan tidak mempunyai harapan untuk layak.
Perlawanan antara Croatia menentang Mexico pula mampu menunjukkan jalan keluar bagi pasukan yang tumpas. Sudah pasti ia akan menjadi perlawanan yang hebat.
WORLDCUP MATCHES DL Croatia Mexico
how to print screen on pc

Keputusan Perlawanan Piala Dunia 24.6.2014

Australia vs Sepanyol 0-3
David Villa 36′, Fernando Torres 69′, Mata 82′ (SEP)
** Perlawanan yang tidak membawa makna. Kemenangan Sepanyol sekurang-kurangnya memberi mereka 3 mata dan mengelak dari berada di tangga tercorot kumpulan B yang dihuni oleh Australia.

Belanda vs Chile 2-0
L. Fer 77′, M. Depay 90’+ (BEL)
** Belanda kekal selaku pendahulu kumpulan B sekaligus menempah pertemuan di pusingan kedua menentang Mexico

Cameroon vs Brazil 1-4
J. Matip 26′ (CAM)
Neymar 17′, 34′, Fred 49′, Fernandinho 84′ (BRA)
** Brazil mengesahkan diri sebagai juara kumpulan dan akan menentang Chile pada pusingan kedua

Croatia vs Mexico 1-3
I. Periši? 87′ (CRO)
R. Márquez 72′, A. Guardado 75′, J. Hernández 82′ (MEX)
** Mexico layak ke pusingan kedua dengan kemenangan ini dan akan menempah perlawanan menentang Belanda pada pusingan kedua.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)