LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala Dunia 2014 : Keputusan Perlawanan 23.6.2014

Hari ini berlangsung 3 lagi perlawanan bolasepak Piala Dunia 2014. Perlawanan yang akan memberikan langkah kanan bagi pasukan untuk ke pusingan kedua dan langkah kiri bagi pasukan yang bakal tersingkir.
Perlawanan hari ini membabitkan 1 perlawanan dari Kumpulan G manakala 2 perlawanan lagi dari Kumpulan H.

Perlawanan kumpulan H yang berlangsung pada pukul 12.00 pagi akan menemukan pasukan berpotensi iaitu Belgium menentang Russia. Kedua-dua pasukan pasti ingin mendapatkan kemenangan bagi mencerahkan laluan ke pusingan kedua.
Perlawanan lain bagi kumpulan H melibatkan pasukan Korea menentang Algeria. Kedua-dua pasukan yang belum mencatatkan kemenangan pasti ingin mendapatkan 3 mata untuk meneruskan perjuangan ke pusingan kedua.
korea vs algeria
adult image host

Bagi perlawanan kumpulan G, pasukan Amerika Syarikat (US) akan bertemu pasukan Portugal. Perlawanan ini amat penting terutama bagi pasukan Portugal untuk menghidupkan peluang ke pusingan kedua. Kekalahan pasti akan memberikan pintu keluar bagi pasukan yang diketuai pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo. Bagi pasukan US pula, kemenangan akan mengesahkan pasukan mereka ke pusingan kedua. Perlawanan ini akan berlangsung pada jam 6.00 pagi.

Keputusan Perlawanan Piala Dunia 23.6.2014

Belgium vs Russia 1-0
88′ D. Origi
** Belgium sah ke pusingan kedua setelah menang tipis ke at as Russia.

Korea Selatan vs Algeria 2-4
** Pasukan Korea tumbang Dan menyukarkan untuk ke pusingan kedua

Portugal vs US 2-2
** Portugal bernasib baik dan masih berpeluang ke pusingan kedua walaupun peluang agak tipis

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Piala Dunia 2014 : Keputusan Perlawanan 23.6.2014

  1. Portugal rasanya out dah tu. Selain dari perlu menang dengan Ghana dan mengharapkan Jerman menewaskan AS, Portugal perlu juga hasilkan jaringan besar utk cover defisit dari kekalahan 0-4 tempohari. Lihat dari gaya mainan Portugal, kawe rasa Ghana boleh makan Portugal dan layak ke last 16.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)