LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala Dunia 2014 : Keputusan Perlawanan 20.6.2014

Hari ini berlangsung 3 perlawanan Piala Dunia 2014 membabitkan kumpulan C dan Kumpulan D. Perlawanan kumpulan C membabitkan 2 perlawanan manakala kumpulan D hanya satu perlawanan dijadualkan.
Perlawanan kumpulan C pertama melibatkan antara pasukan Colombia menentang Ivory Coast. Kedua-dua pasukan yang berjaya menumbangkan pasukan lawan pada perlawanan pertama pasti inginkan kemenangan bagi memastikan pasukan mereka layak ke pusingan kedua dengan lebih awal.Perlawanan yang bermula pada jam 12.00 pagi ini pasti sukar bagi kedua-dua pasukan.

Perlawanan kumpulan D yang dinantikan oleh jutaan penonton pada hari ini iaitu antara England dan Uruguay. Pasukan England yang mempunyai ramai penyokong samada di England mahupun luar negara namun lawan mereka adalah Uruguay yang hebat. Ditambah lagi dengan tekanan kedua-dua pasukan yang tidak mahu pulang awal setelah tumpas pada perlawanan pertama. Kemenangan pasti dicari dan pemain-pemain akan bermain bermati-matian. Pemain berbisa Liverpool, Luis Suarez pasti dinantikan kelibatnya pada pagi ini namun sudah pasti pemain England mempunyai strategi sendiri untuk menangani penyerang Uruguay itu.
tb 0020 England vs Uruguay
free upload pictures

Perlawanan kumpulan C kedua pula menyaksikan pertembungan skuad Jepun dan Greece. Kedua-dua pasukan kecewa pada perlawanan pertama tempohari dan pasti mereka ingin menebus dengan mendapatkan 3 mata penuh pada perlawanan kedua ini nanti.

Keputusan Perlawanan Piala Dunia 20.6.2014

Colombia vs Ivory Coast 2-1

Uruguay vs England 2-1

Jepun vs Greece

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)