LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala Dunia 2014 : Keputusan Perlawanan 19.6.2014

Perlawanan bolasepak Piala Dunia 2014 memasuki perlawanan kedua. Hari ini berlangsung 3 lagi perlawanan membabitkan 6 pasukan handalan yang ingin mengejar kemenangan. Kekalahan pasti akan memberi kesan terhadap peluang untuk melangkah ke pusingan kedua.
Perlawanan hari ini membabitkan 1 perlawanan dan dari Kumpulan A dan 2 perlawanan dari kumpulan B.Perlawanan pertama membabitkan pasukan wakil dari Asia, Australia menentang Belanda. Pasti perlawanan ini akan menjadi hebat. Bagi pasukan Australia, mereka pasti ingin melakukan kejutan namun Belanda cukup ampuh apatah lagi baharu sahaja membelasah skuad juara bertahan, Sepanyol pada perlawanan pertama tempohari. Perlawanan ini akan bermula pada jam 12.00 malam.
tb 0023 Australia vs Netherlands
imagehosting

Perlawanan kedua juga membabitkan pasukan dari Kumpulan B iaitu antara Sepanyol dan Chile. Pasukan juara bertahan, Sepanyol pasti tidak ingin diaibkan oleh Chile dan inginkan kemenangan mutlak manakala Chile pasti ingin melakar kemenangan bagi mencerahkan peluang layak ke pusingan kedua setelah berjaya memungut tiga mata pada perlawanan pertama tempohari.
spainvschile
free upload image

Perlawanan ketiga pula membabitkan pasukan dari Kumpulan A. Keputusan seri pada perlawanan semalam antara Brazil dan Mexico memberi peluang terbuka bagi pasukan Cameroon dan Croatia untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Pasukan yang menang pasti berpeluang cerah untuk ke pusingan kedua.

Keputusan Perlawanan Piala Dunia 19.6.2014

Australia vs Belanda 2-3
T. Cahill 21′, M. Jedinak 54′ (AUS)
A. Robben 20′, R. van Persie 58′, M. Depay 68′ (BEL)
** Kekalahan kedua Australia walaupun memberikan saingan sengit. Menandakan yang Belanda dan Chile akan ke pusingan kedua bagi kumpulan A

Sepanyol vs Chile 0-2
E. Vargas 20′(CHILE)
C. Aránguiz 43′ (CHILE)
** Keputusan mengejutkan sekaligus pasukan Sepanyol tersingkir awal dalam saingan Piala Dunia kali ini

Cameroon vs Croatia 0-4
I. Oli? 11′ (CROATIA)

Please follow and like us:
error0

One thought on “Piala Dunia 2014 : Keputusan Perlawanan 19.6.2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)