LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala Dunia 2014 : Jerman vs Portugal

Hari ini berlangsung antara perlawanan yang ditunggu-tunggu dalam kumpulan G. Perlawanan yang akan berlangsung pada jam 12.00 malam waktu tempatan membabitkan jaguh bolasepak , Jerman Barat menentang pasukan Portugal.
Perlawanan ini dinantikan kerana peminat bolasepak mengetahui tentang kekuatan pasukan Jerman yang berpotensi untuk menjadi juara. Walaupun pasukan Portugal tidak dijangka untuk menjadi juara namun ramai yang menunggu kelibat pemain terbaik Dunia 2013 iaitu Cristiano Ronaldo.
Pemain Portugal yang bermain dengan Real Madrid ini mampu menjadi duri dalam daging bagi pasukan Jerman yang mempunyai kekuatan seimbang. Namun pasukan Jerman tidak akan menumpukan pada Ronaldo sahaja, pemain lain juga mempunyai potensi untuk merobek gawang yang diketuai oleh penjaga gol Manuel Neuer itu.

GERMANY VS PORTUGAL
upload pics

Apapun, pasti perlawanan ini akan menjadi tumpuan untuk melihat sejauhmana kemampuan kedua-dua pasukan. Adakah Jerman mampu menunjukkan bahawa mereka berpotensi juara atau Portugal mampu melakukan kejutan sekaligus membuka mata kepada penyokong bolasepak Piala Dunia 2014. Secara peribadi saya meramalkan, Jerman mampu menang dengan keputusan 2-0.
Kita saksikan sahaja perlawanan antara pasukan Jerman dan Portugal

Keputusan Perlawanan Piala Dunia 2014 : Jerman vs Portugal

Jerman vs Portugal 4-0

12′ 45′ 78′ Muller (JER)
32′ Hummels(JER)
thomas mueler
image hosting over 10mb

Thomas Muller menjaringkan gol pertama melalui penalti
** Nampaknya Jerman berada dalam kelas tersendiri untuk memenangi perlawanan ini. Ditambah pula dengan kekurangan pemain oleh pasukan Portugal apabila pemain pertahanan, Pepe dibuang padang. Selain itu, Thomas Muller meledak hatrick pertama untuk kejohanan kali ini. Adakah beliau akan menjadi penjaring terbanyak kejohanan ini seperti 4 tahun lalu?

Perlawanan lain hari ini
Iran vs Nigeria 0-0
Nampaknya pasukan Iran merupakan pasukan dari Asia pertama berjaya mengutip 1 mata untuk kejohanan kali ini

Ghana vs USA 1-2
1′ Clint Dempsey (USA)
82′ Andre Ayew (GHA)
86′ John Brooks (USA)
** Pasukan Amerika berjaya membenam pasukan Ghana. Walaupun Ghana cuba bersaing dengan jaringan minit akhir namun skuad Amerika berjaya mendapatkan gol pada minit akhir. Selain itu, terdapat rekod gol terpantas untuk Piala Dunia tahun ini dimana Clint Dempsey berjaya menjaringkan gol pada saat ke -31.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Piala Dunia 2014 : Jerman vs Portugal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)