LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala AFF 2019 – Malaysia tumpas tipis di tangan Australia

Nampaknya impian untuk mengekalkan gelaran juara Piala AFF pada tahun ini terkandas. Perlawanan akhir yang cukup menarik dengan strategi berbeza oleh Brad Maloney diperagakan oleh pemain muda negara. Separuh masa pertama skuad negara diasak hebat oleh pasukan Australia namun barisan pertahanan bawah 18 tahun negara ampuh bagi memastikan tiada jaringan dihasilkan di separuh masa pertama meskipun barisan Australia menguasai padang pada ketika itu.

Pada separuh masa kedua dapat dilihat serangan yang cukup laju terutama melalui penyerang sensasi Luqman Hakim. Namun peluang tidak dapat diterjemah menjadi gol sebaliknya pemain Australia,Ricky Brook berjaya memanfaatkan peluang tatkala penjaga gol gantian, Firdaus Imran masuk menggantikan penjaga gol yang mengalami kecederaan pada minit ke 79.

Ligakampung.com mengucapkan syabas kepada barisan pemain muda negara yang mempamerkan aksi menarik. Berikut merupakan beberapa ulasan dan pandangan dari kami pada barisan pemain muda ini :-

  1. Loqman Hakim – Pemain yang cukup sensasi pada kejohanan kali ini. Meskipun tidak menjadi penjaring terbanyak tetapi larian pantasnya cukup digeruni. Bukan sahaja larian, rembatannya ketika menghasilkan gol menentang Indonesia membuktikan betapa beliau mampu menjadi penyerang berbisa pada masa hadapan. Cuma mungkin beliau perlu mendapatkan pengalaman yang lebih luas lagi selepas ini. Dalam perlawanan ini terdapat beberapa situasi dimana beliau boleh melakukan hantaran yang lebih selesa namun digagalkan. TAMAK memang merupakan salah satu sifat semulajadi penyerang tetapi perlu digunakan pada tempatnya. Berdasarkan aksinya, tidak mustahil beliau mampu bersaing dengan pertahanan di kelab-kelab Liga Eropah selepas ini. Menurut sumber, beliau sedang dipancing oleh kelab Cerezo Osaka dari Jepun. Ini peluang baiknya untuk menuntut ilmu dengan kelab ternama dalam Liga J ini.
  2. Hantaran jauh banyak dilakukan dalam perlawanan ini. Ada baik dan buruknya strategi ini. Mungkin kepantasan Loqman ingin digunakan tetapi ia boleh mendatangkan bahaya apabila beraksi dengan pemain yang mempunyai fizikal yang lebih besar. Agak mengejutkan apabila pemain sering melakukan tendangan jauh tanpa sasaran terutama pada separuh masa pertama.
  3. Selain Loqman,  anak bekas pemain pertahanan negara Khaironnisam Shabudin iaitu Firdaus Khaironnisam berpotensi untuk melangkah jauh. Beliau mungkin tidak sepantas Luqman tetapi mempunyai rembatan yang tajam dan ketenangan persis bapanya. Mungkin posisi tengah menyerang atau penyerang sokongan amat sesuai untuk beliau.
  4. Stamina pemain muda tetap tinggi meskipun sebelum itu terpaksa mengharungi 120 minit yang cukup memenatkan selepas menentang Indonesia tempohari. Kalau kita lihat strategi Maloney adalah untuk bertahan namun separuh masa kedua mereka mula mengeluarkan seluruh tenaga.
  5. Ketua pasukan , Ajmal (betulkan kalau salah) merupakan seorang pemain yang baik. Ketika separuh masa pertama beliau banyak mematahkan serangan barisan Australia dan pada separuh masa kedua banyak membantu aksi serangan.

Meskipun begitu masih banyak yang perlu diperbaiki oleh barisan jurulatih. Tidak boleh berpuas hati meskipun berjaya menampilkan aksi sebegini. Semoga mereka mampu untuk meneruskan sebagai pelapis negara dan impian untuk ke Piala Dunia mungkin tercapai satu hari nanti.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)