Piala AFF 2018 : 5 Perkara Boleh Dikaji Hasil Kemenangan ke Atas Myanmar

Nampaknya skuad Harimau Malaya berjaya melangkah ke separuh akhir. Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan A pemain yang dibimbing oleh Tan Cheng Hoe menyaksikan 3 gol terhasil tanpa balas ketika menentang Myanmar.
Malaysia yang mengumpul sembilan mata berada di belakang pendahulu kumpulan , Vietnam yang mengumpul 10 mata. Perlawanan menentang Myanmar itu menyaksikan Norshahrul Idlan Talaha membuka tirai jaringan pada minit ke 25.
Ia terhasil selepas pemain naturalisasi,Mahamadou Sumareh melakukan tendangan akrobatik yang terkena tiang gol Myanmar lalu disambar oleh Norshahrul.

Ketika hampir menamatkan separuh masa pertama, skuad negara beroleh sepakan penalti selepas pemain sayap negara, Safawi Rasid dijatuhkan dalam kotak penalti. Zaquan Adha menyempurnakan sepakan penalti dengan melakukan rembatan leret ke penjuru kiri gol Myanmar.
Pasukan negara sedikit mengendurkan serangan pada separuh masa kedua namun berjaya menghasilkan gol ketiga melalui Zaquan Adha selepas pemain pertahanan Myanmar melakukan ‘clearance’ yang terkena pada kepala ketua pasukan Malaysia itu.
Gol pada minit 87 itu meranapkan impian skuad Myanmar untuk mencari seri bagi melayakkan diri ke separuh akhir..

Kami di Ligakampung.com ingin memberikan 5 perkara yang ingin dikongsi dalam perlawanan tersebut antaranya :-

1) Pertahanan negara agak kukuh. Syahrul Saad menunjukkan kekuatan fizikal beliau ketika bersaing dengan pemain Myanmar. Diakui kebanyakan pemain Myanmar adalah dalam pemain muda tetapi mereka mempunyai kepantasan. Syahrul Saad agak bijak menggunakan kekuatan fizikal dalam banyak pertarungan dengan pemain-pemain Myanmar.
Ini sedikit sebanyak menyebabkan pemain Myanmar agak berhati-hati dalam melakukan larian-larian deras kerana takut bertembung dengan beliau. Gandingan beliau dengan Aidil juga sudah semakin baik pada perlawanan menentang Myanmar. Tetapi sudah pasti ia akan berbeza dalam perlawanan menentang lawan di separuh akhir.

2) Sumareh menjalankan tugas dengan baik pada perlawanan pada malam itu namun ada kalanya terlalu tamak. Kadangkala beliau terlalu lama untuk memegang bola sehingga gagal untuk meneruskan tindakan selanjutnya. Mungkin beliau perlu berkomunikasi dengan pemain tempatan dengan baik.

3) Akhyar sesuai sebagai super sub. Dalam perlawanan menentang Vietnam tempohari pemain muda dari Kedah ini bermain dari awal. Didapati fungsi beliau agak terbatas. Kemasukan beliau sebagai super sub memberi impak yang lebih memandangkan pemain lawan sudah mula hilang fokus dan memberi ruang kepada beliau yang masih ‘fresh’ untuk mengucar kacirkan pertahanan lawan.

4) Perebutan posisi penjaga gol antara Farizal Marlias dan Khairul Fahmi semakin rancak. Kemasukan farizal dalam perlawanan menentang Myanmar tanpa bolos mungkin memberi kesan kepada posisi Khairul Fahmi. Siapa yang akan diturunkan pada perlawanan separuh akhir? Pasti kita sukar menekanya.

5) Penyokong Malaysia mempunyai semangat juang kepada skuad negara. Ini membuktikan skuad negara masih mempunyai pemain no 12 dibelakang mereka.

Okay itu serba sedikit yang dapat kami kongsikan dalam perlawanan tersebut. Semoga Malaysia mampu menjulang Piala AFF 2018 ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives