Piala AFC : Felda United rangkul kemenangan pertama

AFC CUp Logo

Pasukan Felda United yang menjadi salah satu pasukan wakil ke Piala AFC 2017 berjaya memungut tiga mata penuh pertama selepas menumbangkan pasukan kelab dari Filipina, Ceres Negros 3-0 di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

Felda yang hanya memungut 2 mata sebelum ini berjaya tampil dengan aksi bertenaga di Shah Alam. Muhammad Syahid Zaidon memberikan kelegaan apabila menjaringkan gol seawall minit keenam.

Felda yang menguasai perlawanan berjaya mendapat gol kedua melalui pemain tengah, Hadin Azman pada minit ke 65. Pemain simpanan. Mohamad Fazrul Hazli mengukuhkan perlawanan dengan gol pada minit ke 76 seterusnya mematikan peluang Ceres Negros untuk mendapatkan mata di tempat lawan.

felda-afc

Felda yang berada dalam Kumpulan G berada dalam kedudukan tempat pertama berkongsi mata bersama tiga pasukan lain tetapi Tampines Roves dan Hanoi FC masih kekurangan satu perlawanan lagi.

Untuk melayakkan pasukan Felda ke separuh akhir, mereka perlu mendapatkan sebanyak mungkin mata ketika bertemu Tampines Rovers (19 April) dan Hanoi FC (3 Mei) nanati.

 

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

2 thoughts on “Piala AFC : Felda United rangkul kemenangan pertama

Leave a Reply