Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala AFC 2018 : Marko Simic malukan JDT

Bekas penyerang pasukan Melaka United pada musim lepas, Marko Simic menjadi igauan ngeri buat pasukan JDT dalam kejohanan Piala AFC 2018.
Dalam perlawanan kelima Piala AFC 2018 itu, skuad Harimau Selatan tersembam di belasah oleh pasukan wakil dari Indonesia, Persija Jakarta dengan keputusan 4-0 di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia.
Marko Simic yang merupakan penyerang berasal dari Croatia itu pernah menyarung jersi Negeri Sembilan dan Melaka United pada tahun lepas namun dilepaskan oleh pasukan masing-masing.
Kehebatan pemain berusia 30 tahun ini terserlah selepas menjaringkan empat gol ketika beraksi menentang JDT. Simic menjaringkan gol pada minit ke 8, 12, 19 dan 87 sekaligus mencalar reputasi pasukan juara Piala AFC 2015 itu.
Pemain pertahanan, Adam Nor Azlin pula dilayangkan kad merah pada minit ke 78 selepas melakukan terjahan keras ke atas pemain Persija.

Marko Simic meraikan jaringan gol

Perlawanan hari ini menampakkan kelemahan ketara skuad JDT terutama dalam mengawal emosi. Kepantasan skuad Persija cukup mengkagumkan sehingga JDT tidak mampu melakukan serangan berbahaya.
Dengan keputusan ini, skuad JDT berada di tangga ketiga dan tiada pilihan lain selain menang dengan jaringan yang besar ketika menentang pasukan Song Lam Nghe An . Berdasarkan keadaan carta, mungkin agak sukar untuk JDT layak ke pusingan kedua namun segalanya mungkin.
Adakah pasukan wakil dari Malaysia ini mampu atau terkandas buat pertama kali?

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)