Piala AFC 2018 : JDT buka langkah kanan tumpaskan Persija

Perlawanan pembukaan bagi Piala AFC 2018 memberikan kegembiraan buat penyokong bola sepak tempatan dan JDT amnya.
Pasukan JDT yang menjadi satu-satunya wakil dari Malaysia dalam kejohanan ini melangkah dengan baik. Selepas tumpas dalam perlawanan Liga Super 2018 ke atas Kuala Lumpur minggu lepas, pasukan JDT berjaya mencatat kemenangan.
Perlawanan di Stadium Larkin itu menyaksikan pasukan JDT tidak menghadapi masalah menumpaskan pasukan Persija Jakarta dari Indonesia dengan keputusan 3-0.

Persija yang di ketuai oleh bekas pemain import Selangor, Bambang Pamungkas tidak menampilkan barisan pemain terbaik mereka. Dalam aksi separuh masa pertama, pasukan tuan rumah melakukan asakan bertubi-tubi ke arah pintu gol Persija.
Penyerang tempatan, Hazwan Bakri yang pada mulanya agak kurang berkesan, mendapat ruang terbuka hasil hantaran lintang Azrif Nasrulhaq pada minit ke 29. Walaupun sedikit keraguan samada Hazwan berada dalam posisi offside namun gol itu disahkan oleh pengadil perlawanan.
Walaupun diasak oleh JDT namun Persija juga mempunyai peluang melalui Bambang Pamungkas namun gagal menyudahkan peluang terhidang.
Ketika perlawanan hampir menuju rehat, Jorge Pereyra Diaz yang menjadi nadi serangan JDT menyudahkan peluang selepas perangkap offside pertahanan Persija tidak menjadi.
Gol pada minit ke 43 itu memberikan kelebihan pada JDT pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, perlawanan menjadi seimbang dimana Persija mempunyai peluang terbuka sekali lagi melalui Bambang Pamungkas yang tidak berjaya menolak bola ke dalam gol walaupun penjaga gol telah tertewas.
Kemasukan pemain bawah 23 kebangsaan, Safawi Rasid membawa gol ketiga selepas mendapat tolakan Diaz pada minit ke 76.
Keputusan itu kekal sehingga wisel penamat dan JDT memungut tiga mata pertama sekaligus berada di keduduak teratas Kumpulan H.
Satu lagi keputusan kumpulan H adalah antara Song Lam Nghe An yang menewaskan Tampines Rovers dengan keputusan 2-0.

Tahniah JDT. Agak malang bagi Figueroa yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 peluang untuk menghasilkan gol tapi tak berjaya disudahkan.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

2 thoughts on “Piala AFC 2018 : JDT buka langkah kanan tumpaskan Persija

Leave a Reply