Piala AFC 2017 : Felda United pungut satu mata, berada di tangga terbawah Kumpulan G

Kecemerlangan pasukan JDT pada perlawanan di Piala AFC 2017 menentang wakil Filipina tidak mampu diteruskan oleh satu lagi wakil pasukan Malaysia iaitu Felda United.  Dalam perlawanan yang terlah berlangsung tadi, pasukan Felda terikat tanpa jaringan dengan pasukan Ceros Negros, juga pasukan dari Filipina.

Perlawanan di Bacolod City itu menyaksikan pasukan Felda mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan tersebut namun ketumpulan barisan serangan menyebabkan mereka terpaksa berpuas hati untuk membawa pulang 1 mata.  Kegagalan pemain import Felda, Lucas Cano menyempurnakan peluang sepakan penalti juga amat mengecewakan penyokong pasukan Felda.

Felda-Zah-Rahan

Keputusan ini menyaksikan pasukan Felda menghuni tangga terbawah selepas 3 perlawanan selepas memungut 2 mata. Pasukan Felda masih berpeluang untuk meneruskan aksi ke peringkat seterusnya namun banyak aspek yang perlu diperbaiki. Jurulatih, B Sathianathan perlu mencari formula agar barisan pemain Felda mampu beraksi baik seperti yang dilakukan pada saingan Liga Super 2016 yang lalu apabila mereka hampir-hampir memintas JDT untuk menjadi juara.

Ia tidak mustahil kerana terdapat sebilangan besar pemain yang berpengalaman menganggotai barisan Felda. Yang penting bagaimana mereka perlu segera memperbaiki corak permainan serta mengikut strategi yang diaturkan jurulatih dengan berkesan. Barisan pemain import juga perlu lebih cekap dan sekiranya tidak mampu beraksi baik, mungkin jurulatih perlu memberikan peluang kepada barisan pemain tempatan.

 

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply