LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala AFC 2017 : Felda kempunan mata, JDT bawa 3 mata

Perlawanan pertama Piala AFC 2017. 2 pasukan negara iaitu Felda United dan JDT merupakan wakil bagi kelab dari Malaysia.  2 cerita berbeza yang dibawakan oleh 2 pasukan ini.

Pasukan Felda kempunan untuk membawa mata pertama mereka dalam Kejohanan ini apabila tumpas kepada wakil pasukan dari Singapura, Tampines Rovers. Walaupun mampu mempertahankan gawang dari dibocori pada separuh masa pertama, gol untuk pasukan Tampines Rovers tercipta melalui pemain import, Son Yong Chan pada minit ke 64. Walaupun Felda cuba untuk memberikan saingan namun pemain penyerang Tampines Rovers , Khairul Amri menjaringkan gol pada minit ke 84. Kemasukan Fazrul untuk Felda membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke 87 namun sedikit terlewat untuk sekurang-kurangnya membawa pulang 1 mata dari Singapura.

Pasukan JDT pula berjaya mendapatkan 3 mata penuh di gelanggang sendiri apabila menumbangkan pasukan dari Cambodia, Beoungket Angkor FC. Pasukan JDT yang menguasai perlawanan berjaya mendapatkan 3 mata penuh selepas menghasilkan 3 gol. Gol pertama dijaringkan seawall minit ke 2 oleh pemain import Gabriel Guerra.

gabriel-guerra

Pemain tengah sensasi, Nazmi Faiz pula berjaya menghasilkan gol pertama beliau untuk JDT sekaligus gol kedua JDT pada minit ke 10. Walaupun serangan demi serangan dilakukan namun hanya pada minit ke 89 , ketua pasukan Safiq Rahim berjaya menghasilkan gol ketiga sekaligus menjadi pemusnah untuk pasukan pelawat dari bangkit.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Piala AFC 2017 : Felda kempunan mata, JDT bawa 3 mata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)