Piala AFC 14 Mac 2017 – JDT tumpaskan Global FC

Perlawanan Piala AFC 2017 peringkat kumpulan yang melibatkan wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Johor.  Pasukan JDT yang belum tumpas dalam peringkat kumpulan menampakkan petanda yang baik apabila menumpaskan pasukan wakil dari Filipina, Global FC.

JDT-vs-Global-FC
Kesebelasan Utama pemain JDT menentang Global FC dalam Perlawanan Piala AFC 2017

Dalam aksi separuh masa pertama, pasukan JDT bermula garang dengan melakukan aksi-aksi serangan yang cukup berkesan. Pemain pertahanan, Mahali Jasuli berjaya meledakkan gol pertama perlawanan dan gol peribadi pertama beliau musim ini selepas bijak memperdayakan pemain pertahanan lawan sebelum merembat ke arah gol sekaligus menumpaskan penjaga gol Global FC, Patrick Deyto pada minit ke 30. Tidak cukup dengan jaringan tersebut barisan pemain JDT cuba mengasak kea rah gawang gol Global FC dan hasilnya Ahmad Hazwan Bakri dijatuhkan dalam kotak penalti. Pengadil dari Korea Selatan terus memberikan sepakan penalti yang disempurnakan dengan baik oleh ketua pasukan JDT, Safiq Rahim.

Memasuki separuh masa kedua secara mendadak pasukan JDT mula beraksi perlahan. Pasukan Global FC mula melakukan serangan-serangan yang mendebarkan penyokong pasukan tuan rumah. Pasukan JDT pula banyak mensia-siakan peluang dan hampir-hampir dihukum oleh pasukan pelawat. Selepas bertungkus lumus melakukan serangan akhirnya , pemain import JDT Brian Ferrera berjaya menutup ruang bagi Global FC untuk bangkit selepas bijak memperdayakan pemain pertahanan lawan dan menumpaskan penjaga gol lawan pada minit ke 88. Ketika perlawanan hampir tamat, pemain pertahanan JDT, Marcus Antonio menghukum pasukan Global FC untuk gol keempat pasukan JDT sekaligus menjadikan keputusan penuh memihak JDT dengan keputusan 4-0. Tahniah kepada pasukan JDT yang berjaya mendapatkan 3 mata penuh pada perlawanan ketiga bagi Kumpulan F ini.

Keputusan Penuh Perlawanan Piala AFC 14.3.2017  

JDT vs Global FC 4-0

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

2 thoughts on “Piala AFC 14 Mac 2017 – JDT tumpaskan Global FC

Leave a Reply