LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Piala ACL 2019 : JDT gagal dapat 3 mata

Impian pasukan wakil Malaysia, JDT untuk memungut tiga mata penuh di gelanggang sendiri tidak kesampaian.
Perlawanan kedua menentang pasukan Gyeongnam FC dari Korea Selatan berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Ia memberikan mata pertama pasukan JDT dalam kejohanan Liga Juara-juara AFC (ACL) 2019 yang berlangsung di Stadium Larkin malam tadi.

Berbekalkan kelebihan di gelanggang sendiri, skuad JDT banyak menguasai permainan dengan serangan bertali arus. Pada separuh masa pertama penguasaan tengah oleh barisan JDT menyaksikan terdapat beberapa peluang untuk menghasilkan gol melalui Nazmi Faiz dan Safawi Rasid.
Namun pada separuh masa kedua pelawat mula menukar rentak dan berjaya menghasilkan gol melalui sepakan sudut yang ditanduk oleh Kwak Tae Hwi pada minit ke 52.

JDT melalui rangkaian serangan Cabrera, Diogo Luis dan Safawi Rasid tidak berputus asa dan hasilnya satu sepakan penalti diterima selepas bola terkena tangan seorang pemain lawan.
Pemain import JDT, Diogo Luis Santo tidak mempersiakan peluang tersebut dengan menyumbat gol penalti pada minit ke 68.

Gol tersebut menyemarakkan semangat pasukan JDT untuk mendapatkan gol. Pada minit ke 71 satu cubaan Safawi Rasid terkena tiang dan Gonzalo Cabrera yang berada dihadapan tidak berjaya menyempurnakan bola lantunan walaupun berada hanya sekaki dari gol.
Diogo juga tidak bernasib baik apabila satu percubaan melalui tandukan terbangnya hanya singgah di palang pasukan pelawat.
Tiada tambahan jaringan dan ekdua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri sekaligus masing-masing memungut satu mata bagi aksi Kumpulan E saingan ACL 2019.

Sumber Gambar :- Twitter ACL

p/s :- Menariknya dalam game ni, pemain lagenda Brazil Ronaldo juga hadir menyaksikan perlawanan ini bersama pemilik, TMJ.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)