Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Teka teki pengganti Mat Zan Mat Aris bagi melatih pasukan Terengganu terjawab jua. Bekas jurulatih Kelantan, Peter Butler akan menjadi jurulatih pasukan Terengganu. Beliau yang sering diingati oleh peminat bolasepak tempatan ekoran keberanian jurulatih import ini cuba menggunakan Bahasa Melayu ketika ditemuramah.Peter Butler yang telah meletakkan jawatan sebagai jurulatih pasukan Liga Super Indonesia, Persiba Balikpapan telah menandatangani kontrak rasmi selama 18 bulan bersama pasukan skuad Penyu ini.
Beliau telah dibenarkan untuk memulakan tugas bermula pada hari ini (14.5.2012) dan perlawanan menentang Sarawak pada hujung minggu ini akan menjadi perlawanan pertama beliau bersama Terengganu. Bekas pemain kelab West Ham ini pasti perlu membuat perancangan yang tepat memandangkan pasukan Terengganu kini mengalami prestasi yang merudum sehingga berlaku pemberontakan di kalangan penyokong Terengganu sendiri. Apapun pastinya perlawanan AFC pada 23 Mei ini akan menjadi sesuatu yang menarik kepada Peter Butler kerana terpaksa berdepan dengan bekas pemain yang menjadi didikan beliau pada awal musim.
Image Hosting
Sumber Berita :- ESPNStarmy
Apapun, selamat kembali ke Malaysia untuk Peter Butler. Mungkin beliau amat rindu dengan suasana di Malaysia sampai sanggup melepaskan jawatan di Liga Indonesia. Cuma jangan pula buat kerja separuh jalan cam dulu-dulu ye…
Sekian.




mungkin malaysia tawar lebih banyak $$$ kut
Reply
peteh ganung peteh…:)
Reply