Peter Butler dipecat ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
peterbutler
image host

Nampaknya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah mengumumkan penamatan kontrak Peter James Butler sebagai jurulatih The Red Warriors berkuatkuasa hari ini. Timbalan Presiden Kafa, Daruk Afandi Hamzah berkata keputusan kontrak Butler sebagai ketua jurulatih Kelantan dipersetujui dalam satu mesyuarat di Wisma Kafa..

Jodoh Peter Butler sekali lagi tidak berpanjangan. Inilah harga yang perlu dibayar oleh jurulatih sekiranya membuat sebarang kenyataan di media. Walaupun saya bukan penyokong Kelantan, tapi secara peribadi agak terkejut dengan pemecatan ini. Mungkin Butler tidak menggunakan medium yang betul untuk menyampaikan ketidakpuasan hati beliau namun tindakan Kafa menggugurkan jurulatih tersebut amatlah pelik. Peter Butler baru je melatih kembali pasukan Kelantan dan prestasi pasukan Kelantan juga baik. Mereka masih berada di carta teratas Liga Super dan berjaya ke pusingan seterusnya dalam Piala FA. Ini merupakan pencapaian yang boleh dianggap memuaskan dalam saingan yang belum pun masuk setengah musim.

Tapi apakan daya, keputusan terletak di tangan Kafa dan mungkin mereka mempunyai pandangan tersendiri. Cuma mungkin peminat bolasepak tempatan pasti akan merindui Peter Butler. Apa tidaknya, beliau merupakan satu-satunya jurulatih import yang berani menggunakan ‘Bahasa Melayu’ dalam sessi temubual.

Boleh tengok ni..

Antara video Youtube Peter James Butler cakap Melayu

Mengikut sumber-sumber, dijangkakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Al-Hamra Red Warriors (Army), Bojan Hodak menggantikan Peter Butler. Agak-agak Bojan ni ada hati tak nak jawab temuramah dalam Bahasa Melayu?? Kita saksikanlah nanti ye…

Sekian.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :219
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

3 Responses to “Peter Butler dipecat ?”

  1. mieNo Gravatar says:

    uiihh!!
    kecek kelate ye..
    hehehee

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang hebat dia kecek kelate..

    Reply

  2. titanNo Gravatar says:

    hemm..ntahlah. tak faham aku. kelantan tengah naik ni. berhenti plak..

    Reply

Leave a Reply