Petai yang harum baunya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kali ini saya mengambil satu lagi ulam yang amat digemari oleh orang kampung tapi kureng disukai oleh golongan elit..

Petai, itulah nama ulam yang ingin diceritakan pada hari ini. Mungkin ramai yang menutup hidung tatkala diberitau bahawa rakan memakan petai.. Ini kerana kesemerbakan baunya memang mampu mem’batukkan diri..
Walaupun baunya amat menakutkan tetapi ianya menjadi antara ulam yang popular di Malaysia.. Tak caya tanya Knizam.. Betulkan?? Seperti biasa sedikit info mengenainya.

Pokok Petai merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, Brunei dand Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan. Nama botaninya Parkia speciosa – Hassk.

Pokok Petai merupakan pokok saka yang besar dan rendang, dan boleh tumbuh setinggi 30 meter. Buah petai terdapat dalam deretan panjang dan nipis yang dikenali sebagai “papan”. Setiap papan buah mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang sepanjang buah. Buah ini, yang panjangnya sehingga 50 sentimeter apabila cukup tua, mempunyai kulit yang tebal tetapi lembut, benih dan licin berwarna kemerah-merahan. Biji-biji inilah yang dimakan kadang-kadang mentah dan kadang-kadang dibakar ( tak pernah tau pun?? ada sesiapa penah bakar??). Biasanya, petai dicicah dengan sambal untuk dimakan bersama nasi. Biji-biji petai yang dikupas, biasa juga dimasak sambal tumis bersama udang atau kerang.

Khasiat

Berdasarkan kajian, buah petai dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Sumber : Wikipedia

Kaedah Tanaman
* Menyedia anak benih
Petai dan jering ditanam daripada biji. Sebanyak 3-4 biji benih ditanam di dalam beg plastik berukuran 15 cm x 25 cm. Hanya pilih satu anak benih yang subur sahaja selepas percambahan.
Campuran tanah di dalam beg plastik mengandungi 2 bahagian pasir, 1 bahagian baja asli reput dan 1 bahagian tanah lapisan atas.
Berikan naungan daripada cahaya matahari terik dengan menggunakan daun kelapa pada peringkat permulaan menanam. Kurangkan lindungan berperingkat-peringkat sehingga ditanam ke ladang. Anak benih ditanam di ladang apabila lebih kurang 15-20 cm tinggi.

* Jarak tanaman dan cara menanam
Jarak tanaman yang sesuai ialah 15 m x 15 m atau 20 m x 20 m empat segi sama (jaraknya lebih rapat untuk tanah yang kurang subur). Pancang dan gali lubang sebesar 30 cm x 30 cm x 30 cm dan campurkan tahi lembu dan baja seperti rock phosphate.
Tanam pokok pada awal musim hujan. Buang beg plastik sebelum menanam pokok. Selepas menanam, padatkan tanah di sekeliling pokok dan ikatkan pada kayu sokongan.

MEMUNGUT HASIL
Pokok petai menghasilkan buah selepas 5-10 tahun ditanam. Buang daun-daun dan ikat buah-buah dengan tangkainya.

SUmber : Pertanian Manjung

Resipi Petai:-
MyResipi
Wanita.my
Resipi.net

Sebenarnya agak lama juga tidak menjamah petai ni.. Dulu-dulu ada pakcik yang menjaja petai dengan basikalnya ke kampung-kampung.. Kesian anaknya diajuk-ajuk dengan tumbuhan tu..
Tapi memang petai sungguh best dimakan terutamanya dijadikan sambal.. Pergh memang sedap sekali tapi lepas tu kalau proses perkumuhan, alamat baunya boleh tahan lah juga..He he he..

Hm.. banyak sekali info dapat dikutip hari ni.. Sebenarnya kalau dari segi untuk menanam secara komersial mungkin memerlukan kawasan yang luas dan risiko kerana hasilnya perlu ditunggu selepas 4 tahun.. Mungkin sesuai kalau projek untuk pencen kot.. Tetapi mungkin ada antara anda yang ada perancangan untuk bertani.. Mungkin boleh cuba tanaman petai ni.. Saya yakin tak ramai yang mencubanya..

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 567
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

10 Responses to “Petai yang harum baunya”

  1. samdaddycoolNo Gravatar says:

    … masyuk petai beb.. ada aku kenal sorang dua memang berniaga petai sahaja. Yang best, orang cina pun ramai makan petai. Aku paling ‘show’ bila makan sambal tumis petai.. menitik peluh!

    Reply

  2. azwanNo Gravatar says:

    aku tak reti makan petai
    tak pernah nak cuba pun

    Reply

  3. KNizamNo Gravatar says:

    yep petai dengan sambal udang mmg tak dapat dipisahkan
    sedappppp woooooooooooooooooo sambal udang petai
    rangup je… heeh :)

    Reply

  4. hadyNo Gravatar says:

    macam menarik jer cara tanam petai tu… kat rumah mak mentua kau ada la dalam 5 batang pokok petai ni tapi sampai hari ni aku masih tak dapat makan petai tu… sebab belum sempat buah petai tu besar lagi monyet dah tibai huhu

    Reply

    hadyNo Gravatar Reply:

    pembetulan – rumah mak mentua aku sebenarnya

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Jarang orang tanam petai dekat rumah ni..

    Reply

  5. fyeNo Gravatar says:

    teguk air liur tengok lauk petai

    Reply

  6. Zuriani Y.No Gravatar says:

    fuuh terliur melihat petai! lama tak makan!

    Reply

  7. haritzNo Gravatar says:

    Petai ibarat cinta pertama. Kalau dah suka busuk pun suka jugak hehehe
    Sambal udang petai yang sedap kat belakang tabung haji lama jln ipoh kl.

    Reply

  8. [...] jeles ye, Knizam .. Bagi orang kampung seperti saya memang tak jadi masalah untuk makan sambal Petai yang bau harumnya.. DItambah dengan udang yang meliak liuk memang terasa nikmat bila mencecah perut ini.. Resipi [...]

Leave a Reply