post

Pestabola Merdeka 2013 : Pasukan Harimau Muda menumbangkan skuad Singapura

Hari ini bermulanya Pestabola Merdeka 2013, kejohanan bolasepak tertua di Asia. Walaupun kejohanan kali ini hanya diwakili oleh pasukan bawah 23 dari Asia Tenggara namun ia perlu dianggap serius oleh pihak berkaitan.
Perlawanan pertama skuad Harimau Muda kendalian jurulatih Ong Kim Swee menemukan skuad negara dengan pasukan jiran, Singapura di Stadium Darul Makmur.

Keputusan Pestabola Merdeka 2013 : Malaysia lwn Singapura

Skuad bolasepak muda negara yang bermain dalam keadaan becak berjaya menumbangkan pasukan lawan melalui gol penyerang, A.Thamil Arasu pada minit ke 46. Selain dari skuad Harimau Muda sediada, skuad Ong Kim Swee juga diperkuatkan pemain bawah 23 yang diambil dari pemain Liga Malaysia.
BERNAMA

skuad harimau muda
pc screen shot

Barisan kesebelasan utama pemain Harimau Muda yang beraksi menentang Singapura

| Dapatkan Jersi Bolasepak Malaysia Original! |

Satu permulaan yang baik namun banyak lagi yang perlu diperbaiki oleh skuad Harimau Muda untuk perlawanan seterusnya. Saya tidak mampu mengulas sangat perlawanan ini kerana saya hanya menonton highlight sahaja cuma ada banyak peluang yang tersia-sia terutama sepakan penalti yang tidak berjaya diterjemahkan sebagai gol oleh Wan Zack Haikal dan peluang bermain dengan kelebihan 1 pemain selepas seorang pemain Singapura dibuang padang apabila menahan bola dengan tangan.

Bagi satu lagi perlawanan iaitu antara Thailand dan Myanmar berkesudahan dengan seri 1-1.

Bagaimana pula pendapat anda dengan perlawanan skuad negara? Perlawanan seterusnya antara Malaysia menentang Myanmar akan berlangsung di Stadium Darulmakmur pada 9 September 2013. Untuk jadual lengkap Pestabola Merdeka 2013, rujuk sini

Sekian.

Please follow and like us:
error0

10 thoughts on “Pestabola Merdeka 2013 : Pasukan Harimau Muda menumbangkan skuad Singapura

  1. Pingback: Pestabola Merdeka 2013 : Malaysia lawan Myanmar | Blog ZooL

  2. Pingback: Keputusan perlawanan akhir kejohanan bolasepak Pestabola Merdeka 2013 | Blog ZooL

Leave a Reply to Mohd Shubhi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.