post

Pestabola Merdeka 2013 : Malaysia lawan Myanmar

Hari ini berlangsung perlawanan kedua bagi kejohanan Pestabola Merdeka 2013. Skuad Harimau Muda perlu menang bagi memastikan skuad negara melangkah mengapai hadiah sebagai juara Pestabola Merdeka 2013. Selepas menumbangkan Singapura pada perlawanan sebelum ini, kemenangan adalah perlu bagi memastikan momentum skuad negara berada dalam keadaan terbaik. Perlawanan ini berlangsung di Stadium Darul Makmur bermula pada jam 8.45 malam.

Keputusan Pestabola Merdeka 9.9.2013 : Malaysia lwn Myanmar

malaysia vs myanmar
photo sharing websites

Malaysia vs Myanmar 2-1 (0-1)
Myanmar minit 40 : Nay Lin Tu
Malaysia minit 65 : Irfan Fazail
Malaysia minit 78 : Wan Zack haikal

malaysia lwn myanmar
screen capture software

Kesebelasan Pemain Harimau Muda menentang Myanmar.

** Tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya menumbangkan Myanmar walaupun ketinggalan pada separuh masa pertama. Aksi pemain Malaysia agak baik cuma terdapat beberapa kelemahan seperti penyudah yang tumpul dan terdapat kelalaian di barisan pertahanan. Namun usaha yang tidak berputus asa oleh skuad Harimau Muda akhirnya membuahkan hasil apabila peluang dijelmakan sebagai gol.

Pada perlawanan sebelum ini, skuad Thailand menumbangkan Singapura dengan keputusan 1-0 menjadikan skuad Singapura tidak berpeluang untuk menjuarai kejohanan ini.

Sekian

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Pestabola Merdeka 2013 : Malaysia lawan Myanmar

  1. Pingback: Keputusan perlawanan akhir kejohanan bolasepak Pestabola Merdeka 2013 | Blog ZooL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.