Peserta Patriot 200 dapat tajaan

Enam peserta acara larian ultra Patriot 200 nampaknya tersenyum gembira apabila pasukan mereka Malaysian Humanitarian Aid And Relief (Mahar) mendapat tajaan sepasang kasut dan pakaian larian jenama terkenal Asics.
Tiga pelari dan tiga kru sokongan pasukan tersebut mendapat tajaan berbentuk enam pasang kasut dan 10 helai baju yang bernilai lebih RM5,000.
Tajaan tersebut telah diserahkan oleh Pengurus Pemasaran dan Jenama Prestige Sports Sdn Bhd, Amirul Syafiq Azidin.

Menurutnya, Kasut Asics yang disumbangkan kepada peserta ini mempunyai ciri-ciri tahan lasak dan ia juga membantu untuk mengurangkan keletihan dan risiko kecederaan serius kepada pemakainya.

“Kami amat berbesar hati dapat memberikan sumbangan kepada pasukan Mahar yang menyertai acara ini kerana kami ingin menjadi sebahagian daripada usaha murni pasukan tersebut yang banyak membantu golongan yang memerlukan

Klik Untuk Mendapatkan Kasut Ini
Kasut Asics yang sesuai digunakan untuk jogging atau acara larian jarak jauh

“Kesedaran tentang pemilihan kasut yang sesuai dengan struktur kaki dan acara larian perlu diterapkan kepada pelari jarak jauh ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Acara yang dianjurkan bersempena Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun menyaksikan para peserta perlu berlari sejauh 200km dalam masa 40 jam.

Tahun ini, peserta akan memulakan larian berhampiran Plaza Tol Slim River dan menamatkan acara di Dataran Taiping, Perak.

Sementara itu, Pengerusi Mahar, Jismi Johari memaklumkan tujuan mereka menghantar peserta dan kru dalam acara Patriot 200 pada tahun ini kerana menyokong gaya hidup aktif dan sihat serta dan mahu rakyat Malaysia turut mengamalkan gaya hidup sebegini demi menjadi individu yang produktif dan progresif.

“Pasukan pelari Mahar menyasarkan larian mereka kali ini atas tujuan amal, di mana larian ini adalah bagi mengumpul dana yang akan disalurkan ke dua inisiatif tanggungjawab sosial yang berbeza.

“Dana tersebut akan disalurkan ke Kem Pelarian Inmaa di Lebanon dan sebahagian lagi akan digunakan untuk membiayai kos operasi Pusat Khidmat Setempat Kemanusiaan Mahar di Sri Rampai, Kuala Lumpur.

“Mekanisma pengumpulan dana akan dilancarkan di saluran media sosial Mahar dalam masa-masa terdekat ini,” katanya.

Sumber :-Sinar Harian
Kepada yang ingin menyumbang melalui tabung Mahar, boleh rujuk Facebook Mahar

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply