LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Peserta Klang City International Marathon kemalangan akan dapat pengadilan

Semalam berlaku kemalangan yang membabitkan pelanggaran tiga peserta dengan sebuah kenderaan ketika acara Klang City International Marathon.
Acara yang tidak mendapat sebarang lesen itu bakal dikenakan hukuman berlandaskan Akta Pembangunan Sukan 1997.

esuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman berkata pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada penganjur bagi mendapatkan lesen penganjuran acara berkenaan.

“Pejabat Pesuruhjaya Sukan ingin menegaskan pihak kami tidak menerima sebarang permohonan bagi mendapatkan lesen penganjuran Klang City International Marathon.

“Acara larian itu dilaksanakan tanpa kebenaran daripada Pesuruhjaya Sukan selaku pihak yang mengawal selia sebarang acara penganjuran dalam negara.

“Justeru, pihak kami akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penganjur acara ini atas kesalahan yang mereka lakukan di bawah Akta ini,” kata Zaiton menerusi kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa sebarang penganjuran acara sukan perlulah mendapat kebenaran daripada Pesuruhjaya Sukan sebagaimana termaktub dalam Seksyen 36 Akta Pembangunan Sukan 1997, di samping keperluan penganjur mendapatkan kebenaran daripada badan pengelola sukan terbabit termauk pihak polis, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya.

Kenyataan itu menyebut, perkara itu adalah wajib bagi memastikan penganjur yang akan menganjurkan acara sukan berkemampuan dari segi kewangan, teknikal serta mematuhi kaedah dan garis panduan ditetapkan badan pengelola sukan peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

“Saya sekali lagi mengingatkan mana-mana pihak yang ingin menganjurkan sebarang acara sukan untuk memohon dan mendapatkan kebenaran daripada kami sebelum acara itu dianjurkan.

“Penganjur juga diingatkan agar mematuhi keputusan yang diberikan terhadap permohonan yang dibuat. Ini bagi memastikan penganjuran dilaksakanan hanya selepas semua peraturan dipatuhi dan langkah-langkah perlu diambil demi kelicinan acara dan keselamatan semua.

“Pihak kami akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya penganjur melanggar arahan ini,” katanya yang turut merakamkan rasa sedih dan simpati kepada tiga pelari yang terbabit dan mengalami kecederaan dalam kemalangan berkenaan serta berdoa agar mereka pulih dengan segera.

Dalam perkembangan sama, Zaiton menegaskan bermula pada 14 Disember, Pejabat Pesuhjaya Sukan akan memuat naik senarai acara sukan yang diberikan kebenaran untuk dilaksanakan di laman web Kementerian Belia dan Sukan iaitu kbs.gov.my.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, memberi jaminan peserta Klang City International Marathon yang terbabit dengan kemalangan semalam akan mendapat pengadilan sewajarnya.

Menurut Khairy, memandangkan saingan maraton itu tidak mendapat kelulusan Pejabat Pesuruhjaya Sukan, penganjur acara itu bakal dikenakan hukuman berlandaskan Akta Pembangunan Sukan 1997.

Khairy sudah mengarahkan Pejabat Pesuruhjaya Sukan membuat laporan polis bagi memastikan pemandu yang terbabit turut dikenakan tindakan.

Khairy turut mencadangkan pindaan pada akta tersebut bagi memastikan hukuman lebih berat jika kes seperti ini berulang pada masa akan datang.

“Penganjur acara sukan perlu meminta kebenaran sekurang-kurangnya 90 hari sebelum acara berlangsung,” katanya.

Dalam kejadian semalam, peserta maraton, Avelyn Ang, mengalami kecederaan serius di kepala selepas dilanggar sebuah kenderaan dari belakang di Batu 2, Jalan Kapar.

Keadaan Avelyn dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan di Hospital Sungai Buloh dan Khairy turut meninjau sendiri keadaan peserta maraton itu.

Peserta Everlyn ANg Gek Suan yang mengalami kecederaan parah pada kemalangan tersebut

Dua lagi perserta yang terbabit dengan kemalangan itu ialah Amiruddin Hamid dan Ahmad Hadafi Jus yang mengalami kecederaan ringan.

“Kemalangan berlaku terlalu pantas, saya berada di bumbung kereta dan pemandu itu enggan menghentikan kenderaannya hingga saya terjatuh ke atas jalan,” kata Hadafi.

Sumber :-Stadium Astro
BHarian

Admin pernah menyertai acara larian yang kecil dan memang isu ini sentiasa berlaku bila pihak penganjur hanya memikirkan keuntungan sahaja. Banyak yang membiarkan pelari tanpa pengawasan sewajarnya. Ada tu , hanya pelajar Universiti di tempatkan untuk menjaga pelari dan biasanya tidak diendahkan pengguna jalanraya.
Perlu diambil perhatian oleh pihak berkaitan kerana sekarang ni terlalu banyak acara larian tanpa pengawasan.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)