LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Peserta kecewa program Melaka International Century Ride 2016 dibatalkan

Isu penganjur program membatalkan acara pada saat akhir sering berlaku. Ia akan memberi kesan terutama pada para peserta yang telah membuat persiapan.
Satu program kayuhan Melaka International Century Ride 160km 2016 (MIRC) merupakan program terbaru yang terbabit dengan isu itu.

Program yang dijangkakan akan diadakan pada 30 Oktober 2016 ini bermula di Stadium Mini Jasin dibatalkan pada saat akhir melalui pengumuman di Facebook.
Menurut sumber,dijangkakan RM390,000 yuran pendaftaran mampu dikumpulkan melalaui penyertaan peserta. Melalui terma dan syarat program, pihak penganjur telah menetapkan untuk tidak mengembalikan yuran pendaftaran kepada peserta.

Menurut penganjur program, Myskill Media Sdn Bhd melalui Facebook, program ini dibatalakn akibat masalah dana kewangan dan pihak penganjur akan menyediakan kaunter khas di Dewan Alamanda Jasin antara jam 11 pagi dan 6 petang pada Sabtu untuk mengambil medal dan jersi.
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) Datuk Abu Samah ABd Wahab menyarankan penganjur supaya memulangkan yuran penyertaan kepada peserta.

Ligakampung merasakan ini memberikan imej yang buruk bukan sahaja kepada penganjur malahan kepada Kerajaan Negeri juga. Ini kerana penganjuran ini mendapat liputan meluas di media masa dan ia memberikan reputasi buruk kepada agensi berkaitan. Seeloknya, sebelum membuat sesuatu acara, syarikat penganjuran mempunyai persediaan PELAN B sekiranya dana dari para peserta tidak mencukupi.
Elok kiranya Kerajaan Negeri campur tangan kerana banyak peserta yang berang dan walaupun ada terma dan syarat namun ia akan memberi kesan kepada penganjuran sukan di Malaysia.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Peserta kecewa program Melaka International Century Ride 2016 dibatalkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)