LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Peserta Austria , Russia menang kejohanan bola tampar pantai di Terbuka Langkawi 2018

Kejohanan Bola Tampar Pantai (FIVB) Jelajah Dunia- Terbuka Langkawi 2018 telah tamat pada Ahad lalu. Mungkin ramai yang terlepas pandang tentang sukan yang menampilkan aksi 4 atlet bertarung sesama sendiri di Pantai Cenang.
Pantai yang cukup terkenal sebagai destinasi percutian di Malaysia itu telah menampilkan ramai jagoan bertaraf antarabangsa. Dalam kejohanan sesi 2018 menyaksikan pasangan Austria Simon Frühbauer/Jörg Wutzl menumpaskan pasangan Russia Petr Bakhnar/Taras Myskiv dalam aksi tiga set.
Pasangan Austria itu menang dengan keputusan 21-15, 18-21, 15-3. Pemenang pingat gangsa pula digondol oleh peserta Thailand, Nuttanon Inkiew/Sedtawat Padsawud selepas menumpaskan pasangan Jerman Paul Becker/Eric Stadie.

Bagi kategori wanita pula, pasangan Russia Ksenia Dabizha/Daria Mastikova menumpaskan pasangan Belanda Katja Stam/Julia Wouters dalam straigh set yang mendebarkan 21-10, 29-27.
Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasangan Australia , Phoebe Bell/Jessyka Ngauamo .

Ligakampung sempat menonton di ASTRO Supersport dan permainan bola tampar pantai ni agak mencabar juga. Dengan hanya 2 pemain anda perlu mempunyai keserasian dan skill yang baik untuk beraksi.
Semoga dengan penganjuran di Langkawi akan muncul atlet Malaysia yang menjuarai kejohanan ini pada masa akan datang.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)