post

Pescao layan sukan berbasikal pula

Hafizh Syahrin Abdullah, pelumba MotogP negara atau lebih dikenali dengan timangan Pescao akan cuba menyertai acara berbasikal pada Kejohanan Tour de Selangor 2019.
Kejohanan selama lima peringkat dengan jarak keseluruhan 679.2 kilometer telah bermula pada hari ini hingga Ahad ini (18-22 Disember).
Beliau akan menyertai pasuakan Amskin Racing Club (ARC) yang dibarisi pelumba pecut negara, Anuar Manan, Mohd Hafidz Hanid, Sofian Nabil Omar Bakri dan Mohd Irfan Satiran.
Tour de Selangor 2019 adalah kejohanan berstatus 2.2 dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) Jelajah Asia dimana peringkat pertama adalah dengan jarak 176.9 kilometer dari Pulau Indah ke Batang Kali, peringkat kedua dari Sg. Buloh ke Kajang (159.4km), Cyberjaya ke Bukit Jugra (90.7km), Selayang ke Sungai Besar (144.6km) dan peringkat terakhir pada 22 Dis dengan jarak 108.2km dari Klang ke Shah Alam.

Hafizh dijangka mencipta rekod baharu dengan penyertaan dalam acara berbasikal secara professional. Beliau mengakui gementar untuk menyertai acara yang agak asing namun menjadikan ianya sebagai cabaran buat diri sendiri untuk lebih berdisplin.
Menurut ketua pasukan ARC, Anuar Manan kesungguhan dan potensi Hafizh dalam bidang diceburi menjadi sebab Hafizh dipilih untuk melengkapkan barisan pelumba ARC.

-BERNAMA

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.