PESAKA bakal gugur pesilat ke Sukan Asia

Silat merupakan antara sukan yang berpotensi untuk mengaut pingat di sukan Asia namun Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) telah memberi amatan kepada atlet bawah naungan tiada tempat untuk mereka sekira gagal beraksi baik di TErbuka Belgium pada hujung bulan ini.
Amaran itu disuarakan Setiausaha Agung PESAKA , Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin kepada para pesilat yang akan beraksi di Terbuka Belgium.

Walaupun pesilat berkenaan adalah juara sekalipun, sekiranya mereka perlu digantikan, kita akan lakukannya. Saya sudah bertanyakan kepada jurulatih bahawa mereka mampu menyediakan atlet yang baru untuk diserapkan dalam tempoh berbaki kira-kira tiga bulan menjelang Sukan Asia pada Ogos nantil,” kata Megat.

“Terbuka Belgium adalah pentas terakhir untuk kita menamakan pesilat ke Sukan Asia. Jadi saya mahu kejayaan bermula di Terbuka Belgium sebelum diteruskan ke Sukan Asia kerana harapan diletakkan kepada kita amat tinggi di Indonesia nanti.”
“Kita tidak mahu ada penumpang, sebab itu kita lakukan saringan yang ketat. Saya rela membawa jumlah yang kecil ke Indonesia namun setiap daripadanya membawa pulang pingat, berbanding jumlah yang besar namun tidak mencapai apa yang diharapkan.

“Ini adalah cara kita, kebajikan sudah dijaga dengan baik. Kita boleh menerima kekalahan apabila merasakan mereka sudah mencuba 200 peratus namun bukan dengan sikap sambil lewa dan sebagainya,” katanya.

Seramai 13 atlet elit negara termasuk Al Jufferi Jamari akan berlepas pada 29 April bagi menyertai Terbuka Belgium dengan 15 negara bakal bertanding.

Terdahulu berlangsung majlis penyerahan Jalur Gemilang termasuk kepada pesilat remaja ke Kejuaraan Silat Remaja Dunia di Thailand pada minggu depan.

Sumber :-HMetro
Memang berapi sungguh amaran Setiausaha Agung PESAKA tu. Harap menjadi motivasi kepada para pesilat negara.

1 thought on “PESAKA bakal gugur pesilat ke Sukan Asia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives