Blog Download Area
Powered by MaxBlogPress  










Perubahan

Written by zool on May 22, 2008 – 12:25 pm -

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Agak lama saya tidak menulis tentang perkara yang berkaitan dengan diri ini..
Almaklumlah seorang blogger biasa yang tidak sepopular irfankhairi, redmummy, aisyahrozi .. Cerita pasal diri sudah pastinya tidak mendapat perhatian.. Namun hari ini saya ingin menulis tentang diri ini untuk memotivasikan diri ini dan juga mungkin rakan lain..

Perubahan.. Apa yang perlu diubah?? Secara jujurnya saya bukan lah ingin mengubah dari segi luaran.. Agak sukar untuk saya bertukar dari seorang lelaki yang low profile dan selebet kepada seorang lelaki metroseksual.. Tidak sesuai untuk saya… Sebaliknya saya ingin mengubah diri dari seorang yang teramat biasa, tiada kejayaan kepada seorang yang berfikiran jauh.. Mampu mengubah persepsi diri dari seorang yang pesimis ke arah yang lebih optimis.. Kenapa?? Kerana kita semua adalah ‘juara’.. Adakah anda bersetuju yang anda seorang juara?? Kita sememangnya telah dilahirkan sebagai juara,..
Tanpa sikap kejuaraan sudah pastinya kita yang dahulunya seekor sperma tidak mampu untuk menjuarai kedudukan untuk dimengandungkan oleh ibu bapa kita.. So kejayaan sudah pasti tersedia.. Yang perlu adalah mencarinya..

Berkenaan dengan perubahan, antara perkara yang dalam perhatian saya untuk berubah ialah :-

1. Kurangkan merungut.. Saya selalu merungut terhadap individu-individu berhampiran. Lebih-lebih lagi terhadap orang yang tidak disukai.. Walaubagaimanapun rungutan tersebut tak kemana.. Jadi dari saya peningkan kepala otak melayan rungutan tersebut baik difikirkan tentang entri blog yang akan datang.. Selain itu lebih baik merancang pelan tindakan untuk menambah pendapatan.. :) ..
2. Terlalu memikirkan sesuatu masalah.. Memang perkara tersebut sedikit sebanyak meningkatkan kadar tekanan darah..Malahan ianya mampu menganggu tidur namun sedikit sebanyak dapat mengendahkan masalah terutamanya masalah pejabat dengan memberi tekad dan kekuatan kepada matlamat baru bagi mengejar kejayaan peribadi..
3. Kurang fokus dan hangat-hangat tahi ayam.. Syukurlah setakat ini percubaan saya sebagai blogger masih berterusan sehingga kini.. Malahan idea-idea sentiasa timbul tatkala berada di mana-mana sahaja.. Terima kasih kepadaNya yang memberikan imaginasi yang agak baik untuk saya terus berkarya. Dan terima kasih kepada pembaca yang setia kepada blog ligakampung..

Okay setakat ini perubahan yang akan dilakukan oleh saya bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.. Memang ada beberapa perkara negatif yang bersarang dalam diri ini untuk diubah namun perkara di atas merupakan yang utama patut diubah bagi memastikan kejayaan dapat dicapai,…
Sekian..

p/s :- Walaupun post ini tidak memberikan input-input menarik kepada anda namun diharap anda dapat bersama-sama melakukan perubahan bagi mencari yang terbaik dalam diri..


Tags: ,
Posted in kehidupan |

4 Comments to “Perubahan”

  1. menteil Says:

    aku selalu merungut..
    tapi aku tempikkan kat blog aku..
    hehe

  2. KNizam Says:

    hehhe semua org ada rungutan masing2 kan. hehe :)

  3. titan Says:

    tak salah nak merungut. Buat aje. At least, ko boleh merungut. Orang kat afrika atau orang yang tak leh bercakap. Diorang nak merungut pun tak leh..

    Ehm..:(

  4. t.a.t.a Says:

    Saya setuju kita adalah JUARA!!!

    Saya merungut hanya dlm hati saja. sebelum nak merungut tu fikir semula semua benda berlaku ada hikmah nya, jadi dari aku asyik merungut je baik berhati² di lain kali.

    Terlalu memikirkan masalah? saya pun mcm tu padahal kocik yo masalah tu, tapi dah otometik sy nak fikir jugak.



Belajar cara untuk menternak kambing dengan berkesan...

Leave a Comment

RSS