Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Membelek-belek entri lama lalu melihatkan perubahan dalam menulis. Memang agak kelakar bila melihat kembali entri-entri lama. Apa taknya pada awalnya blog ini memang tiada hala tuju dan penulisan lebih kepada luahan emosi yang ntahpahapantah. Namun sedikit demi sedikit perubahan mula berubah. Dari sebuah blog yang kosong saya mula mencari ‘keyword’ yang sesuai.
Walaupun masih perlu diperbaiki namun setidak-tidaknya kematangan dalam menulis sedikit sebanyak telah berlaku. Perubahan penulisan yang terlalu peribadi kepada artikel yang boleh dikongsi sedikit sebanyak kepada pembaca. Mungkin tidak banyak info namun tetap boleh dibanggakan.
Bercerita tentang perubahan, saya yakin semua penulis blog mengalami transformasi dalam mengetengahkan idea. Berdasarkan pengalaman, perubahan itu akan berlaku tanpa disedari. Berikut merupakan beberapa perubahan yang berlaku :-
1. Penulisan amenjadi lebih matang. Kalau masa diawal penulisan blog ini tiada hala tuju dan menulis ala kadar sahaja. Setelah mendapat pengalaman melalui beratus-ratus entri, idea yang dipaparkan lebih memberi pengertian kepada pembaca dan diri anda sendiri..
2. Tidak terlalu mengikut gaya penulis lain. Sudah pasti identiti dan gaya penulisan yang tersendiri dapat dijanakan dalam blog. Sudah pasti keunikan akan menjadikan anda lebih yakin dalam menulis.
3. Idea sentiasa mari.. Revolusi menulis di blog menyebabkan otak sentiasa berfikir untuk mencari topik dan isi penting. Perubahan dari cara berfikir membantu menjana kecerdasan minda. Sentiasa mencari idea baru menyebabkan anda cepat mengejar berita terbaru.
4. Penulisan blog menjadikan diri saya lebih disiplin. Kalau sebelumnya internet digunakan tanpa arah tuju namun dengan blog telah merubah. Dengan keyakinan maka terbitnya beberapa blog yang mampu memberi sesuatu pada diri ini..
Okay rasanya cukup setakat ini. Bagaimana pula dengan anda? Terdapatkah perubahan setelah menceburi bidang penulisan blog??
Berikut merupakan ‘screenshot’ gambar entri lama dalam blog ini…

Tajuk yang cukup beremosi mengenai perasaan rendah diri. . Entri tersebut masih berada di blog ini .

Antara entri-entri terawal yang banyak melibatkan emosi..
RSS Feed
Twitter



February 10th, 2010
zool
Posted in
Tags: 


ngeee~
mkin lame..mkin brubah kowt..
hehehe..ssh nk jgka..idea brubah2~
Reply
zool
Reply:
February 10th, 2010 at 23:07
betul betul betul
Reply
entri pertama kak jie hanya mempunyai satu perkataan.
satu perkataan untuk tajuk post dan satu perkataan untuk entri.
ada 8 komen.
Reply
kira hebatlah tu kak jie..
entri pertama saya dah terdelete.. huhuhuhu.. entri yang paling awal yg tinggal ada kat atas tu pun yg adik saya tulis.. huhuhu
Reply
hehe… aku pernah mengubah gaya penulisan aku..
tapi akhirnya aku tak selesa.. terasa macam menipu diri sendiri lak.. so aku buat gaya aku jer.. huhu…
Reply
zool
Reply:
February 11th, 2010 at 21:02
terpulang pada masing2.. penulisan aku tidak 100% jujur..
Reply
entri pertama aku memang gaya memperkenalkan diri disamping seolah-olah memanggil semua kawan kawan untuk komen.. Heheh
Reply
zool
Reply:
February 11th, 2010 at 21:02
he hehe. biasalah newbie
Reply
ehehe.. betol la tu z0ol.. menda tu akan berubah sendiri tanpa disedari.. huhu
Reply
zool
Reply:
February 11th, 2010 at 21:03
yup.. tapi ada gak yg tak berubah..
Reply
perubahan kearah kebaikan..hehe
Reply
zool
Reply:
February 11th, 2010 at 21:03
harap2 la
Reply
biasalah. masa awal2 dulu pun agak terabur sikit. sekarang dah mula teratur dan ada perancangan. masih lagi terus memperbaiki gaya dalam penulisan blog.
lawak juga kekadang jika baca balik entri lama.
Reply
zool
Reply:
February 12th, 2010 at 20:32
betullah tu
Reply
mula tulis blog.memang macam tu.entri nampak macam biasa je.sekarang ni idea datang mencurah.tapi kadang2 je ada masa.hehe….
Reply
matang bersama usia
kita bukan penulis dengan bakat luar biasa…
Reply
zool
Reply:
February 15th, 2010 at 06:36
yuo betul tu..
kita memang bukan penulis dengan bakat luar biasa tetapi kita kena menghargai bakat menulis kita.. mungkin kita tidak sehebat penulis2 di luar sana namun kita kena yakin dengan kemampuan kita. jgn membandingkan diri dengan orang lain.. setiap org ada keunikan tersendiri.. samada kita mampu mengunakan atau tidak bergantung kepada kreativiti sendiri..
Reply