LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pertemuan Malaysia menentang Arab : Apa yang perlu dilakukan Ong Kim Swee

Semua sedia maklum, Ong Kim Swee telah dilantik sebagai jurulatih sementara bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2018 bagi menggantikan bekas jurulatih Dollah Salleh yang meletak jawatan. Selepas aksi memalukan menentang UAE tempohari , satu lagi lawan yang cukup hebat perlu dihadapi oleh skuad negara.
Perlawanan pada malam Selasa nanti menemukan skuad bolasepak negara menentang skuad Arab Saudi. Pasukan yang pernah beberapa kali beraksi di Piala Dunia ini setanding dengan pasukan UAE dan pastinya pasukan negara perlu berbuat sesuatu.

ong-kim-swee

Untuk menewaskan pasukan dari Timur Tengah ini adalah satu keajaiban, Namun itu bukan petanda untuk berputus asa. Keadaan memang agak sukar bagi Ong Kim Swee memandangkan tempoh singkat bagi mempersiapkan barisan pemain yang akan menentang Arab saudi nanti.
Walaubagaimanapun beliau perlu melakukan beberapa perkara seperti berikut :-

1) Elakkan dari mengalami kekalahan memalukan. Jaringan melebihi dari 5 gol adalah GAGAL. Ong Kim Swee perlu memastikan gol tidak boleh dibolosi lebih dari 3 gol. Walaupun tampak idea ini agak pesimis tapi secara realistiknya ia adalah keputusan yang baik buat masa ini.

2) Untuk mengelakkan dari dibolosi dengan jaringan yang besar, Ong Kim Swee perlu memperbaiki barisan pertahanan. Penjaga gol, Khairul Fahmi mungkin perlu ditukar kepada Khairul Azhan pada awal separuh masa pertama. Pertahanan perlu lebih bijak. Kenapa pasukan negara mampu beraksi baik ketika Piala AFF 2015 tempohari? Ini kerana ia dikemudi oleh pemain pertahanan berpengalaman, Shukor Adan.

offside
Walaupun Shukor bukan seorang pemain pertahanan yang pantas ataupun gagah namun beliau mempunyai pengalaman. Kalau dilihat banyak perangkap ‘offside’ dilakukan pada kejohanan tersebut. Kalau dilihat pada gol UAE tempohari juga banyak kelemahan dari segi posisi terutama untuk melakukan perangkap offside. Kelemahan ini perlu diperbaiki pada pertemuan menentang Arab Saudi nanti. Seorang pemain pertahanan yang boleh mengawal perlawanan dan bertindak sebagai ketua adalah penting.
Gandingan Amiridzwan dan Afif hanya baik dari segi fizikal tapi lemah dari segi posisi dan komunikasi. Kalau ikutkan ada banyak gol yang boleh diselamatkan sekiranya kedua-dua pertahanan ini bijak mengawal perlawanan. Walaupun masa singkat namun Ong Kim Swee perlu mencari formula bagi memastikan pemain pertahanan bermain bukan sahaja dengan sepenuh tenaga tapi juga menggunakan akal.
Perangkap offside perlu dijadikan senjata untuk melemahkan mental lawan. Selain itu perlu ada pemain tengah bertahan yang cukup keras untuk merosakkan permainan pasukan lawan. Memang sukar nak cari pemain seperti itu sekarang. Mungkin 2 pemain samada Mahali dan Asaruddin Putra perlu mengubah posisi untuk bertindak di tengah.
Pasukan negara perlu memastikan gawang gol tidak dibolosi pada separuh masa pertama. Jika berjaya melaksanakan tugas ini maka peluang untuk melakukan kejutan adalah besar.

3) Dapatkan ‘set piece’ seberapa banyak yang perlu. Pemain perlu menggunakan psikologi dalam perlawanan tersebut. Lupakan seketika kaedah strategi permainan dan cari kaedah psikologi untuk menghilangkan tumpuan lawan. Dapatkan set piece dan cuba lakukan yang terbaik. Mungkin kejutan boleh dilakukan melalui set piece. Tidak mustahil satu gol boleh mengejutkan pihak lawan. Kita boleh tengok kejutan yang berlaku pada perlawanan kelayakan Eropah baru-baru ini dimana pasukan Iceland mampu menumpaskan Belanda di gelanggang lawan.

free-kick-safiq-rahim-malaysia-vs-laos
Ia berlaku dengan sepakan penalti dan mungkin ia boleh berlaku jika pasukan Malaysia mampu melakukan kejutan menjaringkan gol awal.

4) Mengembalikan moral para pemain. Ini cabaran besar buat Ong Kim Swee. Sekarang ni para pemain berada dalam keadaan yang lemah. Pasti mereka mengalami tekanan untuk menghasilkan keputusan yang tidak seburuk perlawanan sebelum ini. Apatah lagi selepas dikritik oleh para peminat, mereka pasti takut untuk beraksi. Ong Kim Swee perlu mengembalikan semangat para pemain dan memastikan mereka memberikan 100% pada perlawanan ini walau apa pun terjadi.

5) Menggunakan strategi bertahan dan ‘counter attack’. Tidak perlu terlalu berharap untuk melakukan permainan sempurna sebaliknya realistik dengan prestasi semasa pasukan negara dan pasukan lawan. Mungkin ‘parking bus’ adalah strategi yang disarankan tetapi kaedah ini memerlukan pemain mempunyai stamina yang tinggi dan displin yang kuat.

6) Memilih pemain yang mempunyai stamina dan fokus yang tinggi. Pada perlawanan tersebut, 2 perkara itu amat penting bagi memastikan skuad negara tidak diaibkan lagi.

7) Bersedia untuk dikritik dan bertanggungjawab sekiranya kekalahan besar menjadi keputusan. Sudah pasti kritikan peminat dan pemenat terpaksa diterima walaupun pahit.

Ini adalah sekadar pandangan peribadi kami diligakampung.com sahaja. Ia bukanlah datang dari pakar, cuma datang dari seorang peminat bolasepak biasa-biasa sahaja. Yang penting adalah keputusan perlawanan tersebut.

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Pertemuan Malaysia menentang Arab : Apa yang perlu dilakukan Ong Kim Swee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)