Pertama kali guna Kad Debit Maybankcard Visa di pasaraya
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Baru-baru ini saya telah singgah ke Tesco Melaka untuk membeli beberapa barang. Bukanlah nak bercerita tentang situasi ketika membeli barang tetapi sekadar berkongsi pengalaman pertama kali menggunakan kad debit Maybankcard Visa. Mungkin ramai di antara anda pernah menggunakan kad debit untuk membeli belah di pasaraya tapi ini saya memang tidak pernah. Jadi disebabkan keinginan membuak selain duit dalam kad tersebut masih berbaki rasanya ingin mencuba juga.

Image Source and Bandwith :- Webshaper
Agak takut juga masa dalam proses pembayaran tu. Almaklumlah sekali kad tak boleh baca kan dah nak kena pulang balik barang-barang yang dibeli tak ke malu nanti. Tapi alhamdulillah transaksi tersebut berjaya. Walaubagaimanapun ada beberapa perkara yang menjadi kemusykilan dalam diri ini..
Antaranya ialah :-
1. Hanya perlu memasukkan kad sahaja di dalam peralatan pembaca kad. Kemudian cuma memberitahu yang menggunakan kad debit. Tidak memerlukan sebarang kemasukan no pin atau pengesahan cap jari.
2. Tandatangan hanya dilakukan di resit bayaran. Mudah sekali.. Tetapi adik saya memberitahu bahawa sekiranya bayaran melebihi RM100 kemasukan no pin diperlukan.. Betul ke kawan-kawan?
3. Saya diberi bil resit yang tertera bank CIMB (rujuk gambar di bawah). Maksudnya CIMB yang menjadi orang tengah dalam penghantaran duit tersebut kot. Mungkin konsep sama seperti pembayaran online yang dilakukan oleh agensi-agensi.
Layankan gambar-gambar di bawah.

Si Zool dengan machonya menyorong troli dengan beberapa barang yang dibeli..

Resit bayaran dengan terteranya logo CIMB.

‘Screenshot’ Maybank2u menunjukkan wang telah ditolak…
Mungkin anda biasa menggunakan perkhidmatan ini. Ada sebarang pendapat??














November 28th, 2009 at 10:40 am
hmm..bgs juga kad debit ni..xpyh nak bwk duit berkepok2 dlm beg.huhuh..tp bahaya klu kad ni dicuri..hohohohoh
[Reply]
November 28th, 2009 at 12:29 pm
kena cuba ni
http://eyriqazz.blogspot.com
[Reply]
November 28th, 2009 at 2:14 pm
xpenah guna pun..
tp cam tak safe je penggunaan debit card ni..
[Reply]
November 28th, 2009 at 10:16 pm
Pertama kali beli buku.guna kad debit visa public bank.
transaksi berjaya.tak pernah aku belanja sampai RM100.
[Reply]
November 29th, 2009 at 12:25 am
kad debit maybank yg visa ni mmg tak pyh no pin…function dia sama mcm kad kredit…kalo isi minyak plak cthnya tuang rm30 tapi automatik dia akan potong rm150…n then esknya br dia refund blk duit baki tu….kalo kad maybank yg kaler kuning tu br kena no pin…aku sampai skrg tak tukar lg pd kad debit maybank yg baru ni…sbb kad lama lg rasa safety sbb kene masukkan no pin…
[Reply]
November 29th, 2009 at 5:27 am
Saya pernah pakai sekali.
Masa kat Watson.
Pembelian RM30 ke atas je baru leh pakai kad ni.
Tapi, sekali je la. Lepas tu, tak pernah da…
Just gune as kad debit masa beli barang online.
[Reply]
November 29th, 2009 at 11:09 am
I pun tengah survey2 nak pakai debit card di Malaysia sekarang. Senang sikit tak payah bawak duit banyak-banyak kan kalau nak shopping hehe. Tapi design card tu dengan gambar cherry tak berapa appealing la. Macam tak serius je…
[Reply]
December 1st, 2009 at 2:14 am
haha..aku baru tukar semalam.
[Reply]
December 1st, 2009 at 12:23 pm
sampai sekarang la aku nye kad asyik kena decline je. kalo tak mesti da banyak point aku dpt.. bengong la maybank ni..
nak kena pegi tukar kad kot..
[Reply]
December 4th, 2009 at 7:25 pm
haha … so ada orang boleh confirm tat need pin ke tak ? nice posting !!! dan terima kasih untuk visit i punya blog and share u punya experience .
[Reply]
December 7th, 2009 at 10:25 am
kalo kad maybank yg ada cherry tu mmg tak pyh guna pin….tp kalo kad atm maybank yg kaler kuning tu mmg kene pin…
[Reply]
December 19th, 2009 at 10:42 am
kad debit maybank (cherry).
kalau nak guna,kena pastikan:
1. kat atm machine, set kan credit limit
2. pergi kat maybank2u, then set pin number kat situ
barulah kad tu aktif utk pembelian secara online dan juga pembelian kad debit di kaunter.
[Reply]