Persiapan Sukan Asia tidak terjejas

Presiden MOM yang baharu, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria memberi jaminan bahawa persiapan kontinjen negara ke Sukan Asia di Jakarta dan Palembang dari 18 Ogos hingga 2 September ini tidak terjeas biarpn berlaku peralihan kuasa di peringkat kerajaan Persekutuan dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada PRU 14 baru-baru ini.
Menurut Norza, pasukan petugas telah diwujudkan bagi mamntau persiapan ke Sukan Asia dan MOM akan bertemu menteri yang akan menjaga portfolio sukan yang baharu selepas ini.

Setakat ini, proses Sukan Asia tidak terganggu kerana kita sudah tubuhkan pasukan petugas. Kita pun sudah ada senarai sukan apa yang akan menyertai temasya sukan itu, dan selepas ini kita perlu lebih teliti untuk menentukan jumlah dan senarai pendek nama atlet.

“Kita juga sedang menunggu peluang bertemu menteri sukan yang baharu dan berharap untuk teruskan hubungan positif supaya kita dapat menjelaskan hala tuju Sukan Asia, dan lebih penting kita mahu rakyat Malaysia tahu kita sedang berusaha keras untuk capai pingat emas pertama di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Apa jua perancangan kerajaan, kita sedia bekerjasama,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga eksekutif pertama MOM di Wisma OCM di sini, hari ini.
– BERNAMA

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply