BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » kehidupan » Persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri 1433H

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Esok tibanya 1 Syawal 1433H dan pastinya banyak persiapan yang perlu dilaksanakan. Mengemas/ menghias rumah, memasak hidangan , menyiapkan pakaian dan menyiapkan duit raya adalah antara perkara yang perlu dilakukan pada hari mantai( hari sebelum raya). Begitu jugalah yang dilakukan oleh saya pada hari Ramadhan terakhir ini. Walaupun sedih meninggalkan Ramadhan 1433H namun masa tetap berlalu dan tetap akan ditinggalkan.

Untuk entri kali ini, saya akan menyertakan banyak gambar berbanding tulisan. Almaklumlah, hari mantai ni tak ramai yang melawat blog maka elok kalau dikongsikan je gambar-gambar persiapan yang dilakukan oleh keluarga si Zool pada hari ini.
Photobucket
Mula-mula, persiapan baju Melayu setelah terbeli di Mydin. Harganya kira boleh beli dengan kualiti bajunya. Cuma mungkin saiznya sedikit panjang untuk si Zool yang rendah ni.

Photobucket
Sampai rumah dari Padang Jawa,Selangor jam 10.00 pagi, adik saya BD telah mendapat kerja iaitu mesin kelapa. Menyambung tugasan yang dilakukan oleh si ZOol sebelum tu.. Memang menggigil gak jari mesin lebih dari 20 biji kelapa tu.

Photobucket
Daging yang dibeli oleh bapa perlu dihiris menjadi kecil agar mudah dijadikan bahan untuk rendang. Agak malang bila daging lembu yang dibeli agak liat (lembu tua tu..) ditambah pula dengan pisau yang tumpul. Nasib baik ada batu asah untuk menajamkannya.

Photobucket
Ketupat yang sedang dalam proses untuk direbus..

Photobucket
Ini pula lemang yang akan dibakar.

Photobucket
Lemang yang sudah siap dibakar. Ambil masa lebih kurang 3 jam untuk disiapkan.

Photobucket
Kuah dilakukan untuk cicahan dengan ketupat dan lemang iaitu rendang. Adik memasukkan daging yang dihiris ke dalam kuali yang telah dimasukkan ramuan.

Photobucket
Santan pekat dari kelapa yang dimesin..

Photobucket
Rendang yang telah siap dan hanya menunggu ianya kering je. Hasilnya? Datang le rumah

Okay cukuplah tu. Camne persiapan raya anda? Ke takde yang datang singgah sini…. :(
Sekian.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :999

4 thoughts on “Persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri 1433H

  1. Persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri 1433H | Blog Zool Ligakampung. says:

    [...] PINGBACK NEGARAKU.MY: Persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri 1433H | Blog Zool Ligakampung. [...]

  2. FadzmieNo Gravatar says:

    Raya tak sah kalau takde lemang. Tahun ni ramai saudara mara pulang kampung, memang kena buat lebih sikit lah jawabnya. Haha. Selamat Hari Raya, bro!

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    selamat hari raya juga…

    Reply

  3. JebengotaiNo Gravatar says:

    Thun ni sy buat persiapan ala kadar jer..tgk gmbr yg bro amik ni mmg meriah smbutannya.. :)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge