post

Persatuan sukan akan diberikan bantuan ‘one-off’ – Menteri Belia dan Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan peruntukan dana berjumlah RM10 juta melalui Inisiatif Prihatin Sukan 2020 bagi membantu persatuan yang terkesan dengan koronavirus (COVID-19).

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican , langkah proaktif diambil bagi membantu persatuan sukan tanah air terutamanya pemegang taruh yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Inisiatif itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu RM2 juata sebagai bantuan pengurusan, RM 5 juta bantuan menjalankan program dan aktiviti dan RM3 juta bagi program pendigitalan serta projek penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Bantuan pengurusan kepada persatuan sukan kebangsaan yang berkelayakan akan menerima bantuan ‘one-off’ antara RM5,000 hingga RM10,000 dan dijangka memberikan manfaat kepada hampir 200 persatuan sukan kebangsaan di seluruh negara.

Sumber :-RM10 juta suntikan semangat buat persatuan sukan – SInar Harian

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.