Persatuan Hoki Kuala Lumpur sasar seribu bakat dalam lima tahun

KUALA LUMPUR, 27 Okt — Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL) menyasarkan untuk melahirkan seribu bakat baharu hoki dalam tempoh lima tahun akan datang, menerusi inisiatif pembudayaan kelab hoki di Kuala Lumpur.

Presiden PKHL Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin dalam satu kenyataan berkata, usaha berkenaan merupakan inisiatif yang diambil persatuan itu, dalam mengembalikan status Kuala Lumpur sebagai kuasa hoki tanah air.

“Kami percaya inisiatif pembudayaan kelab hoki merupakan antara formula penting, dalam melahirkan kelompok besar pemain hoki di peringkat akar umbi, tidak cukup jika hanya terlalu bergantung kepada bakat yang diasuh oleh sekolah,” jelas Megat D. Shahriman.

Mengulas lanjut, Megat D. Shahriman mendedahkan, hasil tinjauannya tahun lepas konsep pembudayaan kelab hoki telah lama dipraktikkan di lima negara di Eropah iaitu, Belanda, Belgium, Perancis, Jerman dan Itali.

“Di sana sistem hokinya tidak hanya tertumpu kepada pembangunan di peringkat sekolah semata-mata, tetapi kelab-kelab hoki juga memainkan peranan berkesan dengan mempunyai program akademi untuk kanak-kanak,” tegasnya.

Dalam pada itu, Megat D. Shahriman menjelaskan PHKL telah ‘merekrut’ empat pasukan baharu – Hockey-Lah, Hockademy, KLSSRC dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), sebagai Ahli Gabungan dan Ahli Kehormat mereka, menerusi satu surat yang dikeluarkan semalam.

Beliau memaklumkan ia merupakan antara inisiatif baharu PKHL bagi memastikan pasukan hoki di Kuala Lumpur, berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan (PJS) atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), sebelum diterima menjadi Ahli Gabungan PHKL.

PHKL kini mempunyai 27 Ahli Gabungan dan sembilan Ahli Kehormat.

— BERNAMA

Satu impian dan perancangan yang baik. Mungkin persatuan hoki negeri atau kelab yang lain perlu mencabar diri untuk mengejar impian ini. Tak mustahil akan lahir beribu-ribu bakat yang boleh dihasilkan melalui program ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.